DATO’ RAZALI SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP MASUM 2012 FASA II

Jumaat, 20 Julai 2012 11:54 UKK
Cetak PDF

 

 

DATO’ RAZALI SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP MASUM 2012 FASA II

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

BATU PAHAT, 19 JULAI 2012 – Perasmian penutup Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) 2012 Fasa II  berlangsung  dengan jayanya dengan juara keseluruhan dimenangi oleh Univerisiti Teknologi Mara (UITM).

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.

 

Dato’ Razali dalam ucapan perasmiannya menekankan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui penganjuran MASUM merupakan sumber utama dalam melahirkan atlet-atlet kebangsaan pada hari ini di samping kejohanannya yang bertaraf  sukan kedua terbesar di Malaysia selepas Sukan Malaysia (SUKMA).

 

Beliau juga mengajak, para atlet MASUM agar menerapkan nilai “ Thinking Atlet ” dalam diri masing-masing iaitu kecemerlangan dalam bidang pendidikan hendaklah seiring dengan kejayaan dalam bidang sukan yang disertai oleh mereka bagi melahirkan atlet yang mampu lebih ke hadapan.

 

Sukan-sukan yang dipertandingkan pada MASUM 2012 Fasa II ialah sukan bola baling, sofbol, boling padang, hoki, pencak silat, ping pong, ragbi dan bola keranjang. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 19 universiti awam di Malaysia.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm