SUKIPT MEDAN LAHIRKAN ATLET NEGARA

Jumaat, 20 Julai 2012 15:09 UKK
Cetak PDF

 

SUKIPT MEDAN LAHIRKAN ATLET NEGARA

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Koporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

BATU PAHAT, 19 JULAI 2012 - Sukan Institusi Penggajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung pada 28 Oktober hingga 8 November nanti bakal menjadi medan untuk melahirkan atlet serta jaguh-jaguh masa depan negara.

 

SUKIPT yang dilihat sebagai sukan kedua terbesar selepas Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi kesinambungan kepada atlet-atlet ini untuk terus menyumbang kudrat mereka untuk negara selepas SUKMA menghadkan penyertaan mereka yang berumur di bawah 21 tahun.

 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim berkata, atlet-atlet yang lahir dari universiti ini mendominasi jumlah atelt yang ada di negara ini kerana mereka berpeluang untuk menguji kehebatan mereka sehingga ke sukan universiti di peringkat antarabangsa berbanding atlet-atlet lainnya yang sekadar bertanding di dalam negara.

 

“Jika dilihat 30 peratus atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik nanti lahirnya dari peringkat IPT, maka kita melihat bahawa SUKIPT yang pertama kalinya diadakan nanti akan menjadi medan pertembungan untuk mencari jaguh yang hebat. Pada sukan sulung ini, sebanyak 101 pasukan yang akan bersaing untuk menentukan juara berbanding cuma 19 pasukan dalam sukan anjuran Majlis Sukan Antara Universiti (MASUM)” katanya pada sidang media selepas menutup MASUM Fasa II di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

 

28 atlet terplih secara merit manakala dua lagi layak bertanding di sukan terbesar dunia ini secara wild card.

 

“Walau apa pun cara dan bagaimana mereka layak, kita perlu bersikap rasional kerana mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian dalam sukan yang ditandingi. Buat masa ini, soalan ganjaran atau apa-apa yang boleh menjejaskan fokus mereka perlulah diketepikan sementara sehingga mereka selesai bertanding dan membawa sesuatu untuk kita semua,”.

 

SUKIPT akan diadakan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Kelang dengan menjangkakan saingan yang hebat dari semua pasukan yang bakal bertanding nanti.

 

Menurutnya lagi, dalam melahirkan jaguh, orang ramai tidak harus lekas menghukum kegagalan seseorang atlet itu tanpa melihat kegigihan serta usaha yang telah dilakukan untuk mencipta kejayaan itu. Sebaliknya, mereka perlu terus tabah dan menyokong atlet-atlet ini untuk terus beraksi dan menghormati apa sahaja pencapaian yang diraih.

 

Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm