
ISO INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PAGOH
Disediakan oleh : Hazmil bin Hapaz (IKBN Pagoh)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
19 JULAI 2012, PAGOH – Pihak SIRIM QAS telah mengadakan pengauditan SIRIM ISO 9001:2008. Ini adalah satu inisiatif bagi memastikan sistem pengurusan di Institut Kemahiran Belai Negara (IKBN) Pagoh sentiasa dalam keadaan terbaik. Pengauditan yang dijalankan selama dua (2) hari ini diketuai oleh Encik Mohamad Rafidi bin Mat Dahan dan Puan Evelyn Liew Yuen Chen.
Objektif pengauditan ini adalah untuk menilai samada IKBN Pagoh telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) mengikut standard MS ISO 9001:2008. Skop pengauditan adalah “ Pengurusan Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal di Peringkat Sijil dan Diploma”. Tatacara audit selama dua(2) hari ini adalah pemerhatian operasi dan semakan rekod, pengesahan perlaksanaan iaitu merujuk kepada dokumen, temubual dengan anggota kerja berkaitan dan pegawai bertanggungjawab dan laporan ketaakuran dan peluang penambahbaikan.
Antara proses yang dinilai oleh juruaudit adalah Proses Pendaftaran Pelajar, Proses Pengambilan Pelajar, Proses Perancangan Kursus, Proses Perlaksanaan Kursus dan Latihan Industri. Pengauditan ini merangkumi keperluan-keperluan ISO 9001:2008 yang mana berkaitan klausa 4 iaitu Sistem Pengurusan Kualiti, klausa 5: Tanggungjawab Pengurusan, klausa 6: Pengurusan Sumber, klausa 7: Penghasilan Produk dan klausa 8 : Pengukuran Analisa dan Penambahbaikan.
Diharapkan pengauditan ini dapat memberikan penambahbaikan kepada Sistem Pengurusan Kualiti di IKBN Pagoh.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0