
KONSEP ROI DAN ROO DALAM PENAJAAN DIPERKENALKAN KEPADA PESERTA BENGKEL
Oleh : Nur Fauzani Binti Mohd Ghazali (Bahagian Industri Sukan)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2012 – Peserta-peserta Bengkel Penajaan Sukan yang telah diadakan pada hari ini telah diperkenalkan tentang terma-terma baru seperti Sponsorship Intelligence, serta konsep ROI dan ROO dalam penajaan. Bengkel ini telah diseliakan oleh Mr. Philip Gibson, Senior Director of Business Development Asia Sponsorium International.
Bengkel yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur tersebut telah berjaya menarik seramai 95 orang peserta yang tergolong daripada agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan media.
Rata-rata peserta memberikan komen yang membina dan menyatakan bahawa program seperti ini harus diteruskan kerana ia dapat memberi manfaat khususnya dalam memajukan pembangunan industri sukan negara secara amnya. Beberapa pandangan dan cadangan telah diberikan oleh penaja-penaja Malaysia yang hadir.
Selain itu, turut dianjurkan pada hari yang sama adalah Bengkel Kemudahan-kemudahan Sukan yang telah diseliakan oleh Mr. Glenn Scott, Principal of HASSELL Architects dan Mr. Tom Sloane, Director of MI Associates.
Sempena acara terakhir di dalam kalendar Tahun Industri Sukan 2011/12 yang genap setahun pelaksanaannya bermula dari bulan Julai 2011 hingga bulan Julai 2012, Bahagian Industri Sukan, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan dua buah bengkel iaitu Sports Sponsorship Workshop “Sports Sponsorship in Malaysia – To what Extend Is Value Being Offered And Realised?” & Sports Facilities Workshop ”Sports Venues in Malaysia – Unlocking Future Potential”.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0