
ASIA PACIFIC SPORTS BUSINESS CONFERENCE 2012 – “JADIKAN SUKAN PERNIAGAAN ANDA”
Disediakan oleh :
Noorazreen Mohamad Azmi, Bahagian Industri Sukan
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012 – Bahagian Industri Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah berjaya menganjurkan Asia Pacific Sports Business Conference yang mana ianya merupakan acara terakhir yang akan dilaksanakan sempena dengan penutupan tirai sambutan Tahun Industri Sukan 2011/’12 yang genap setahun pelaksanaannya mulai bulan Julai 2011 hingga Julai 2012. Seramai
“Sukan bukan sekadar memenangi pingat emas, sebaliknya kita perlu melihat dan menilai bagaimana untuk melahirkan atlet seperti Datuk Lee Chong Wei ataupun Muhammad Azizulhasni Awang serta bagaimana mahu menonjolkan personaliti mereka, menguruskan tajaan dan penjenamaan mereka,” ujar YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia semasa menyampaikan ucapan di persidangan tersebut. Beliau juga turut menyampaikan cenderahati kepada semua para panel dan pembentang kertas kerja sebagai tanda sokongan dan penghargaan.
Persidangan ini berlangsung selama satu hari iaitu pada 19 Julai 2012 bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur bermula pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Persidangan ini juga dilihat sebagai platform bagi semua penggerak industri sukan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam aspek sukan sebagai sumber baru di dalam menjana pendapatan negara. 300 orang peserta yang terdiri dari pihak industri termasuk stakeholders industri sukan telah hadir ke persidangan ini.
Objektif utama penganjuran persidangan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan melibatkan penggerak industri sukan menuju ke arah sukan sebagai satu perniagaan yang berupaya menjadi penyumbang kepada Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Antara panel dan pembentang kertas kerja yang hadir di persidangan ini termasuklah Tracey Keenan dari Tottenham Hotspur FC, John M. Vamvakitis dari Sport Asia Pacific You Tube, Ruben Emir Gnanalingam dari Queens Park Rangers FC, Emir Abdul Jalal dari Le Tour de Langkawi dan ramai lagi.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0