
IHYA RAKAN MUDA RAMADHAN TERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KEMAMAN, 22 JULAI 2012 – Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan mengerakkan program Ihya Rakan Muda Ramadhan ke seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.
Majlis perasmian Ihya Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan 1433 H / 2012 M telah berlangsung di Masjid Geliga, Kemaman di sini hari ini oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Dato’ Sri Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman dalam ucapan perasmiannya berkata, kementerianya telah memperuntukkan kira-kira RM 1 juta untuk melaksanakan program untuk 605 buah masjid terpilih di seluruh negara bermula pada 1 hingga 20 Ramadhan ini Ini diikuti Majlis Khatam Al-Quran pada sepuluh hari terakhir yang melibatkan golongan remaja dan belia.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam program Ihya Rakan Muda Ramadhan pada tahun ini merangkumi aktiviti bertadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa, solat Isyak dan Terawikh berjemaah serta tazkirah Ramadhan.
Kira-kira 1000 remaja berumur 15 hingga 25 tahun dari kawasan setempat hadir ke program tersebut. Sambutan yang disambut secara santai ini juga turut menjemput pakar motivasi terkemuka, Prof. Madya Izi Haji Ali.
Acara kemuncak majlis tersebut ialah penyerahan Watikah Pelaksanaan Ihya Rakan Muda Ramadhan 1433 H/2012 oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery kepada semua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan cermin mata kepada mereka yang terpilih dari beberapa mukim di kawasan parlimennya. Majlis yang berlangsung sejak awal paginya menyaksikan gotong royong memasak sebanyak 11 kawah bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada orang ramai yang hadir di majlis ini.
Penganjuran program sedemikian, dapat mendidik para remaja supaya sentiasa menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0