Y-CENTRE, UTC MELAKA MENJADI PILIHAN PENDUDUK SETEMPAT

Khamis, 26 Julai 2012 09:07 UKK
Cetak PDF

 

 

Y-CENTRE, UTC MELAKA MENJADI PILIHAN PENDUDUK SETEMPAT

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

MELAKA, 25 JULAI 2012 – Sejak dibuka sebulan yang lalu, jumlah terkini pengunjung ke Y Centre, di Urban Transformation Centre (UTC), Jalan Hang Tuah Melaka berjumlah 4793 orang.  Pengunjung Y Centre terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu, Cina dan India.


Fasiliti yang disediakan berjaya menambat hati penduduk setempat terutamanya para belia. Dengan kemudahan berkonsepkan Pusat Maklumat dan Pusat Kecergasan, ia memberi ruang kepada para belia untuk beriadah di satu tempat dan melakukan pelbagai aktiviti. Ia sejajar dengan objektif penubuhan UTC iaitu  menyediakan perkhidmatan kerajaan di satu tempat untuk masyarakat setempat  atau one-stop-centre.


Pusat Kecergasan atau Fitness Centre di Y-Centre menyediakan sebuah studio aerobik dan juga tempat yang sesuai serta peralatan  indoor game. Di studio aerobik, pengunjung boleh melakukan aktiviti aerobic, senam seni dan tarian. Manakala untuk indoor game,  Y Centre menyediakan permainan pool, dam aji, catur, karom dan dat.


Pusat Maklumat pula memberi ruang kepada para belia untuk menggunakan kemudahan wifi, serta internet untuk tujuan mendapatkan maklumat.


Gimnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan sukan, memudahkan pengunjung yang gemarkan aktiviti sedemikian tanpa dikenakan caj yang tinggi.


Menurut seorang pelajar IPT; Aizi Syadiq Mohd Norhashim, kadar bayaran yang berpatutan membuatkan beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan kemudahan yang ada dan datang secara berkumpulan. Aktiviti kecergasan di ruang gymnasium dapat digunakan dengan bantuan  instruktor gimnasium yang bertauliah.


Seorang lagi pengunjung tetap; Abdul Azim Abdul Haq, pelajar KUIM,  di Y Centre beliau boleh membuat beberapa aktiviti tanpa perlu ke sana  sini. Di Y Centre beliau melakukan aktiviti kecergasan yang menjadi rutin harian beliau, dan jika mahu mendapatkan muklumat untuk kerja kursus, beliau akan terus ke pusat maklumat di Y Centre.

 


Disunting oleh : Sabran Abd. Bahar, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm