GIMRAMA PENUTUP ACARA DI SUKMA PAHANG
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUANTAN, 16 JULAI 2012 : Gimrama menjadi acara terakhir yang diadakan pada hari penutup kejohanan Sukan Malaysia yang ke 16. Acara terbahagi kepada empat kategori iaitu Gimrama Individu Alatan Gelung, Bola, Belantan dan Riben.
Acara terakhir itu berlangsung begitu meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 penonton. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali bin Haji Ibrahim juga turut hadir menyempurnakan Majlis Penutup dengan mengalungkan pingat kepada para pemenang.
Kontinjen Wilayah Persekutuan memonopoli acara berkenaan dengan merangkul pingat emas dalam semua acara akhir yang dipertandingkan. Cemerlang dengan tiga pingat emas, Fatin Zakirah Jalany binti Zain Jalany mengungguli acara Individu Alatan Gelung, Individu Alatan Bola dan Individu Alatan Belantan manakala untuk Individu Alatan Riben pula dimenangi oleh rakan sepasukan beliau iaitu Tai Qing Tong.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pertandingan Gimnastik dan Gimrama Sukma ke XV Pahang 2012, Encik Zainuren bin Mohd Nor dan juga Pengarah Bahagian Pengurusan Acara, Majlis Sukan Negara merangkap Ketua Urusetia Tetap Sukan Malaysia, Dato’ Hj Abdul Jalil bin Abdullah.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0