KUALA LUMPUR TUAN RUMAH PERSIDANGAN IOC KE-27 2015

Jumaat, 27 Julai 2012 16:36 Bhg. Antarabangsa
Cetak PDF

 

 

KUALA LUMPUR TUAN RUMAH PERSIDANGAN IOC KE-27 2015

Disediakan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa

 


LONDON, 27 JULAI 2012 - International Olympic Committee (IOC) telah mengadakan persidangannya yang ke 124 di Grosvenor House , J W Marriot Park Lane London. Dipersidangan IOC tersebut Malaysia telah membentangkan laporan terkini berhubung dengan tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah persidangan IOC ke 127 pada 2015.


Bagi pihak Malaysia YAM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan juga ahli OIC telah membuat pembentangan . Bagi kerajaan Malaysia YB Dato Seri Ahmed Shabery Cheek,  Menteri Belia Dan Sukan telah membentangkan akan kesediaan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Persidangan OIC ke 127 tersebut.


Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah berdasarkan pengalaman Malaysia sebagai penganjur  Persidangan Anoc , Sukan Komanwel  1998 , F1 , Le Tour De Langkawi dan banyak lagi acara sukan berprestij dan juga mesyuarat antarabangsa seperti APEC.


Turut hadir dalam perwakilan  dari Malaysia,  Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN); Dato Seri Zolkples Embong,
Setiausaha Kehormat MOM ; Datuk Sieh Kok Chi dan Naib Presiden Prof . Dato Dr. Zakaria Ahmad dan Dato’ Low Bang Choo.


Para perwakilan amat tertarik dengan laporan pembentangan tersebut yang mana Kuala Lumpur memang telah sedia ada kemudahan-kemudahan bertaraf dunia seperti Kuala Lumpur Convention Centre, hotel-hotel bertaraf 5 bintang dan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang moden.


Persidangan OIC tersebut dipengerusi oleh Presiden IOC J.Rogg . Apabila pengundian dibuat kesemua perwakilan telah secara sebulat suara memilih Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Persidangan IOC ke 127 pada tahun 2015.

 

 

 


Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah , Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm