
MESYUARAT MENTERI SUKAN KOMANWEL KALI KE 6 DI LONDON
Disediakan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa
LONDON, 26 JULAI 2012 - Mesyuarat Menteri-menteri Sukan Komenwel telah berlangsung pada 25 Julai 2012 di Banqueting House, White Hall London.
Seramai 42 orang menteri yang bertanggungjawab dalam hal-hal pembangunan Sukan telah hadir ke mesyuarat tersebut. Malaysia diwakili oleh YB Menteri Belia Dan Sukan; Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN); Dato’ Seri Zolkples Embong dan Pegawai dari Bahagian Hubungan Antarabangsa, Encik R.Effendi Razali.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Sukan Dan Olimpik United Kingdom iaitu Hugh Robertson. Turut hadir Setiausaha Agung Commonwealth Secretariat; TYT Kamalesh Sharma.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah berhubung Sport Development and Peace in the Commonwealth, The Adoption Of Guide Line To Strengthen The Contribution Of Sport To The Commonwealth Priorities; The Sport Contribution To Government Goals Across The Commonwealth; Strengthening Sporting Relationship Across The Commonwealth To Combat Threads To The integrity Of Sport; Strengthening The Relationship Between The Sport Community And Government dan The Rule Of Good Governance. Di akhir mesyuarat tersebut kesemua Menteri bersetuju dengan perkara-perkara yang telah dibincangkan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0