IKBN ALOR GAJAH DIIKTIRAF PUSAT BERTAULIAH 5 BINTANG

Isnin, 30 Julai 2012 14:20 Bah. Pemb. Kemahiran
Cetak PDF

 

 

I

KBN ALOR GAJAH DIIKTIRAF PUSAT BERTAULIAH 5 BINTANG

 

Disediakan oleh : Yogeswaran a/l Seleappan, IKBN Alor Gajah

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


ALOR GAJAH, 29 JULAI 2012 - Tahniah di ucapkan kepada IKBN Alor Gajah atas penarafan Pusat Bertauliah bertaraf lima bintang daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada tahun 2011. Penarafan Pusat Bertauliah ini telah di jalankan pada tahun 2011 dengan mengambil kira kapasiti dan kebolehan pusat latihan kemahiran awam/swasta mengendalikan kursus-kursus berasaskan kemahiran.

Penarafan Pusat Bertauliah bertujuan untuk memberi penarafan ke atas program-program yang dijalankan oleh Pusat Bertauliah JPK. Ini adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian latihan yang dilaksanakan oleh Pusat Bertauliah. Lawatan penarafan ini dilaksanakan setiap dua (2) tahun sekali.

Kriteria penilaian dilaksanakan berdasarkan tiga (3) komponen utama iaitu input (40%), proses(50%) dan output (10%). Penarafan ke atas Pusat Bertauliah adalah berdasarkan kepada pencapaian peratusan markah penilaian yang ditarafkan mengikut lima(5) tahap penarafan iaitu Lemah, Memuaskan, Baik, Sangat Baik dan Cemerlang. Bagi tahun 2011, JPK telah melaksanakan lawatan penarafan dalam dua fasa iaitu Fasa Pertama telah dilaksanakan dari Februari hingga Mac 2011 dan melibatkan 258 Pusat Bertauliah dengan 2923 program. Fasa kedua pula telah dilaksanakan dari Julai hingga Disember 2011 melibatkan 578 Pusat Bertauliah dengan 2409 program.

Hasil daripada penarafan Pusat Bertauliah tahun 2011, 76 Pusat Bertauliah telah mendapat tahap penarafan Cemerlang bagi sekurang-kurangnya satu daripada program yang dilaksanakan. Secara keseluruhan 672 program telah mendapat tahap penarafan Cemerlang.

 


Disunting oleh  Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm