MISSILE : SATUKAN HASRAT BELIA INDIA

Isnin, 30 Julai 2012 15:13 UKK
Cetak PDF

 

 

MISSILE : SATUKAN HASRAT BELIA INDIA

Disediakan Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

CYBERJAYA, 27 JULAI 2012 : “Mengambil beberapa contoh pemimpin agung dunia, mahasiswa India dikumpul bagi memberi pendedahan betapa pentingnya mereka kepada masyarakat india Malaysia pada masa akan datang. Menjadi seorang pemimpin yang unggul mestilah mempunyai sikap dan amalan nilai-nilai murni kerana seorang pemimpin mencerminkan keperibadian yang mulia”.

 

Demikian diantara petikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim ketika berucap kepada kira-kira 300 peserta Missile di sini malam tadi.

 

‘MISSILE’ merupakan singkatan daripada ‘1Malaysia Indian Student Summit, Innovating Leaders’, satu program yang dianjurkan oleh 1Malaysia Indian Student Movement dalam menjaga kebajikan para belia india. Objektif penubuhan mereka ialah merencana dan menentukan hala tuju para belia india di Malaysia.

 

Ini kali pertama badan ini bersidang di Universiti Lim Kok Wing, Cuberjaya selama  tiga hari bermula hari ini, selepas penubuhan rasminya pada tahun lepas di Universiti Malaya.

 

Majlis Perasmian program  ini meriah dengan disertai lebih 300 mahasiswa India dari beberapa   IPTA dan IPTS di Malaysia  dan lebih manis apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan sudi datang merasmikan majlis ini walaupun sedikit lewat kerana menghadiri program bersama  Perdana Menteri sebelum itu.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Razali memberi  kata-kata semangat kepada para delegasi yang hadir sebagai perangsang untuk mereka memberikan idea yang bernas sepanjang program  ini berlangsung. Mengambil petikan philosophy dari Bapa Fizik Dunia, Albert  Einstein, beliau berkata “ Its not how success you are, its how your contribute to community” lantas mendapat tepukan gemuruh delegasi. Beliau juga memuji pihak Universiti Lim Kok Wing dalam menjayakan majlis ini.

“Universiti Lim Kok Wing merupakan contoh IPTS terbaik di Malaysia dengan reputasi mereka sebagai penggalak dalam menghasilkan idea-idea kreatif serta inovatif dalam menyumbang kearah pembangunan negara sejajar dengan moto nya University of Creative Technology”, ujarnya lagi.

 

Program seperti ini diadakan bagi menanam  sikap kepimpinan dan keusahawanan untuk menyedarkan para belia India tentang kemahuan dan keperluan mereka di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Selain itu, acara ini juga dianjurkan untuk membantu mahasiswa India menyertai sebarang aktiviti sosial dan dengan itu dapat meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan belia india yang berkualiti.

 

Majlis ini juga memberi  penekanan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar India dari pelbagai universiti yang bukan sahaja datang dari satu latar belakang  tetapi juga dari pelbagai latar belakang budaya. Mereka juga berikrar akan sentiasa berada di belakang kerajaan untuk memberikan yang terbaik dalam  menyokong penuh hasrat kerajaan bagi  merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

 

Tedahulu,  Presiden  Indian Student Movement,  Mahaganapathy Dass berkata,        “Misi kami adalah untuk menjadi badan professional  yang menghasilkan mahasiswa India yang berdaya saing dan mempunyai kelas yang tersendiri di Malaysia ”.  Antara lain visi badan ini  ialah menggalakkan belia india melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat dan untuk berbakti sepanjang hayat.

 

“Sebagai sokongan menerapkan nilai-nilai murni kepada belia India, kami mengadakan pelbagai acara untuk memastikan para belia berada di landasan yang betul dan berupaya untuk berkhidmat kepada negara dengan cara yang lebih baik,” tegasnya.

 

Majlis perasmian pembukaan ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu  1 Malaysia dan 1M4U, tayangan video mengenai aktiviti-aktiviti badan ini dan juga tayangan video mereka yang menjayakan program ini.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm