
MALAYSIAN YOUTH CYBER CONFERENCE 1.2
Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KULIM, 28 JULAI 2012– Malaysian Youth Cyber Conference 1.2 atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Seri Malaysia, Kulim Kedah pada 28 Julai 2012 lalu melibatkan lebih 100 orang blogger-blogger dan juga penggodam atau lebih dikenali sebagai ‘hackers’.
Peserta terdiri daripada zon utara dan juga wakil daripada lain-lain negeri seperti zon selatan, zon timur dan zon tengah. Program ini juga mendapat tajaan dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) di bawah usaha VyREC dengan anjuran bersama Information Teknology Youth Malaysia (ITYM), SENYAP White & Black Hat Division.
Program ini merupakan kesinambungan dari Malaysian Youth Cyber Conference 1.0 & 1.1 yang telah dilaksanakan pada 12 Mei 2012 dan 30 Jun 2012 yang lalu. Program MCC kali ini memberi pendedahan yang berkonsepkan “Dunia Teknologi dan Islam” telah menarik perhatian ramai yang hadir semasa sesi forum tersebut diadakan. Turut diadakan majlis berbuka puasa dan diikuti solat terawih berjemaah.
Program ini akan diteruskan dengan beberapa siri lagi pada masa akan datang dan akan memberi banyak pendedahan tentang kebaikan dan keburukan penggodaman ini kepada masyarakat terutama rakyat di Malaysia kelak.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0