PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR MALAYSIA DI LEEDS, UK

Khamis, 02 Ogos 2012 09:37 Bhg. Antarabangsa
Cetak PDF

 

 

PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR MALAYSIA DI LEEDS, UK

Disediaklan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa




LONDON,  31 JULAI 2012
-  Sempena Sukan Olimpik 2012 yang kini berlangsung di London, YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sempat meluangkan masa berkunjung ke Leeds untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana.


Perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia telah diadakan di Woodsley Community Centre, Leeds. Walaupun pada masa ini pelajar pelajar sedang bercuti namun seramai 150 orang pelajar telah hadir dalam perjumpaan tersebut.


Dato’ Ahmad Shabery telah berkongsi maklumat mengenai perkembangan semasa negara di samping mengadakan dialog dengan pelajar-pelajar tersebut. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di UK, Prof. Madya Dr Anizu  dan Puan Aribah, Student Attache di Manchester. Beliau seterusnya turut  berbuka puasa  dan solat maghrib bersama-sama dengan pelajar di Masjid Woodsley, Leeds.


Para pelajar di sana mengharapkan lebih ramai pemimpin negara datang untuk berjumpa dengan mereka bagi mengetahui dengan lebih dekat perkembangan hidup mereka di sana.



Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm