SANTAI SAHUR DEKATKAN BELIA BERSAMA IKON

Khamis, 02 Ogos 2012 10:27 UKK
Cetak PDF

 

 

 

SANTAI SAHUR DEKATKAN BELIA BERSAMA IKON

 

Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

CYBERJAYA, 1 Ogos 2012 : “ Ramai orang yang mengambil mereka sebagai idola sewaktu mereka berada di puncak kejayaan tetapi lupa bagaimana idola itu bersusah payah untuk sampai ke tahap ini ”. Memetik ucapan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali bin Haji Ibrahim dalam ucapan Program Santai Sahur bersama Ikon Belia sempena majlis perasmian Cafe Killeny di Cyberjaya.


Menurutnya lagi, program ini adalah salah satu aktiviti turun padang sebagai inspirasi kepada rakyat dan sebagai manifestasi dasar kerajaan dalam menggalakkan penyertaan volunteerism di kalangan para belia. Ikon Belia berkonsepkan belia menjadi inspirasi/idola kepada belia yang lain. Inisiatif ini berdasarkan model 5I dalam keusahawanan iaitu, Inspire (Inspirasi), Intent (kesungguhan), Information (Maklumat), Implementation (Pelaksanaan) dan Investable (nilai pelaburan).


“Telah menjadi hasrat kerajaan dalam menjadikan program seperti ini sebagai medan untuk para belia menyuarakan cadangan dan pendapat mereka agar tidak timbul lagi masalah dalam sistem penyampaian supaya belia tidak terlibat dalam saluran yang negatif”, tambah beliau lagi.


Program yang berbentuk santai dan ceria ini meriah dengan kehadiran pengunjung biarpun terpaksa dimulakan dengan agak lambat pada jam 11.00 malam. Program yang menampilkan dua orang Ikon Belia dari bidang yang berbeza cukup memukau dengan idea dan pengalaman mereka yang menarik serta memberikan satu pengetahuan kepada para hadirin. Kedua-dua Ikon Belia itu ialah Dr. Mohammad Nawar bin Ariffin dan Mohd Azlan bin Iskandar. Dengan adanya program seperti ini, ianya boleh menyumbang kepada perkembangan persekitaran atau jaringan sosial belia yang memberi energi positif.


Memetik ucapan YB. Dato’ Razali, Dr. Muhammad Nawwar berkata, “Sememangnya saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh YB. Dato’, ramai orang yang mengambil idola mereka ketika berada di puncak kejayaan sedangkan mereka tidak tahu betapa Individu yang menjadi Idola ini terpaksa berkorban untuk berada seperti mana sekarang”. “Pengalaman itu menjadikan sesorang itu matang dan terus tidak menoleh ke belakang”, ujarnya yang merupakan seorang doktor di Jabatan Orthopedic, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Menceritakan pengalamannya ketika dalam misi volunteerism sewaktu berada di Darfur, beliau ternyata merasa syukur dengan apa yang dinikmati pada hari ini. Beliau yang juga pernah menyertai program kemanusiaan ketika gempa bumi di Padang, Indonesia pada tahun 2009 turut menekankan bagaimana untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam menjalankan satu-satu pekerjaan supaya apa yang kita lakukan tidaklah menjadi sia-sia.


Pandangan yang sama diutarakan oleh seorang lagi Ikon, Azlan Iskandar; beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menangguhkan pengajian beliau untuk menjalani latihan di England. “Sememangnya itulah pegorbanan yang terpaksa dihadapi”, ujarnya yang pernah memegang ranking antara 10 pemain terbaik dunia dalam sukan skuasy.


Program yang diserikan dengan persembahan muzik akustik oleh kumpulan anak muda dari Gombak, Selangor yang menggelarkan diri mereka, Band Budak Gila.


Turut hadir dalam program ini adalah Dato’ Dr. Ahamd Ramzi Mohamad Zubir, Pengerusi Eksekutif Estinwira Sdn. Bhd.



Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm