GOTONG ROYONG KIBAR JALUR GEMILANG

Khamis, 02 Ogos 2012 12:03 UKK
Cetak PDF

 

 

GOTONG ROYONG  KIBAR JALUR GEMILANG

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya



PUTRAJAYA, 2 OGOS 2012 – Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke 55, Unit Komunikasi Korporat (UKK)  telah membuat langkah proaktif mengibarkan Jalur Gemilang disekitar pejabat UKK bagi memupuk semangat patriotik dikalangan pegawai dan kakitangan KBS khususnya UKK juga pelawat yang datang berurusan di pejabat ini.


Sebanyak 25 helai Jalur  Gemilang telah digantung disepanjang laluan masuk ke pejabat UKK.  Selain bertujuan memupuk semangat patriotik, aktiviti tersebut telah dilaksanakan secara bergotong royong dan ia juga  dapat merapatkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan UKK.


Menurut Puan Aziah Ahmad, Ketua Komunikasi Korporat, dari masa ke semasa dekorasi Sambutan Hari Kemerdekaan ini akan ditambahbaik memandangkan  Sambutan hari Raya Aidilfitri juga bakal menjelma.


Selain itu, menurut Mohd Azizudin Helmi (gambar), pelajar praktikal Fotografi di UKK, beliau gembira dapat turut serta dalam gotong royong Kibar Jalur Gemilang ini kerana semangat kesukarelaan memang sebati dalam dirinya dan gotong royong ini membuatkan beliau tidak sabar untuk menyambut kemerdekaan nanti disamping membuat liputan Merdeka 55 di Dataran Merdeka kelak.



Disunting oleh : Tuan Haji Sulaiman Abd. Manan, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm