
SARAWAK RANGKA PERSEDIAAN SUKMA 2016
Disediakan oleh : Nik Zuriani Nik Mokhtar (JBS, Sarawak)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
SARAWAK, 1 OGOS 2012 - Bersempena dengan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Negeri (SMDC) Bil.2/2012 pada 1 Ogos 2012, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Gani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah melakukan lawatan turun padang ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi meninjau kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di kompleks baru tersebut.
Semasa lawatan tersebut YB Tan Sri Datuk Amar turut ditemani oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Hj Md Yahya bin Basimin dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak; Tuan Haji Razali Mohamad, semua Residen Bahagian dan semua Setiauasaha Tetap Kementerian Negeri.
Menurut YB Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi , Negeri Sarawak perlu melengkapkan diri dengan segala kemudahan sukan bagi persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2016. Beliau mahu mewujudkan satu jawatankuasa khas di antara Unit Pemantauan Perlaksana Negeri , Kementerian Pembangunan Sosial dan Jabatan Belia dan Sukan bagi membincangkan persediaan kemudahan sukan semasa Sukan Malaysia pada tahun 2016.
Sebelum itu, taklimat tentang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah disampaikan oleh Tuan Haji Razali bin Mohamad kepada YB Tan Sri Datuk Amar serta semua rombongan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0