TADARUS AL-QURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Selasa, 07 Ogos 2012 17:22 UKK
Cetak PDF

TADARUS AL-QURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

 

Oleh : Nor Hashimah Md. Nor ( Unit Komunikasi Korporat  KBS )

norhashimah @kbs.gov.my

 

PUTRAJAYA, 6 OGOS 2012 - Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,“Sebaik-baik kamu adalah orang yang membaca al-Quran dan mempelajari isi-isi kandungan ayat-ayat al-Quran itu (dan mengajarkannya kepada orang lain.”

 

            Bersesuaian dengan maksud hadis di atas,  Kementerian  Belia Dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Sumber Manusia dengan kerjasama Puspanita KBS  telah menganjurkan program Tadarus Al-Quran di  kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian ini bermula dari 23 Julai hingga 10 Ogos 2012 bertempat di Surau Menara KBS di sini.

 

            Seramai 70 orang peserta terlibat dalam menjayakannya di bawah seliaan Ustaz Mohamad Tahir  Kamis serta dibantu oleh Ustazah Analisa Abdul Samad. Program ini bertujuan untuk mengisi dan  mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak  serta membimbing peserta untuk menghayati dan memperbaiki teknik pembacaan  mereka. Program ini dapat mempertingkatkan kerjasama  di antara warga KBS.

 

            Majlis Khatam Al-Quran peringkat KBS akan diadakan pada 10 Ogos nanti bertempat di surau Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini. Majlis Ihya Ramadhan ini  diadakan setiap tahun  yang bertujuan untuk  menghargai semua peserta yang terlibat. dan sebagai pengisian bagi mencari keberkatan di bulan yang mulia ini.

 

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm