
MENJADIKAN SUKAN SEBAGAI SATU TARIKAN
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 9 Ogos 2012 : Menggunapakai konsep sukan sebagai satu industri, KBS kini mengorak lebih ke hadapan dalam merancakkan lagi pembangunan industri sukan di Malaysia. “Sukan bukanlah satu perkara yang menggunakan fizikal semata-mata, ianya juga melibatkan bagaimana menggunakan sukan itu untuk menjana pendapatan”, ujar YB. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek dalam amanatnya sempena Perhimpunan Mesra Bulan Ogos 2012 di Dewan Podium B KBS.
“Berbeza dengan negara-negara maju lain di dunia, budaya di Malaysia nyata berbeza”, tambah beliau lagi. Merujuk kepada acara besar yang sedang berlangsung sekarang iaitu Sukan Olimpik London 2012, beliau mengambil contoh bagaimana peminat sanggup datang dari satu venue ke venue yang lain dengan hanya berjalan kaki sahaja dan mengambil masa lebih sejam, “Jadi jika perkara ini berlaku di Malaysia, adakah anda rasa peminat akan datang menonton?”, seloroh beiau.
Beliau turut menitikberatkan bagaimana ingin menjadikan sesuatu sukan itu menarik dan dalam erti kata yang lain bagaimana untuk mempertingkatkan nilai tarikan itu sendiri.”Sports is not only about Physical Activity but also an Entertainment”. Ujar beliau lagi. Sukan juga sebenarnya mempengaruhi nilai tarikan itu sendiri seperti Sukan Bolasepak. Ramai orang yang berebut-rebut untuk menjadi seorang pemain bolasepak kerana sukan itu sendiri yang sememangnya popular.
Tidak kurangnya dengan atlit itu sendiri, “Sebagai contoh bagaimana peminat di Olimpik London sanggup membayar dengan harga yang tinggi dan bersesak-sesak hanya untuk melihat Usain Bolt berlari 200 meter hanya dalam masa 10 saat, sedangkan mereka masuk ke stadium 2 ke 3 jam lebih awal”. Dan inilah kuasa tarikan yang dimiliki oleh seseorang atlet itu.
Beliau menambah, “Kekuatan pada sukan itu ialah Peminatnya atau pun Penyokongnya”. Bagaimanakah akan berlaku sekiranya sukan itu berlangsung tetapi tiada orang yang menyaksikannya maka sukan itu akan dilabel sebagai ‘mati”. Selain itu, peminat juga adalah salah satu medium perangsang bagi atlet untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
Mengulas mengenai acara perhimpunan bulanan kali ini, beliau berkata “Perhimpunan kali ini adalah perhimpunan paling ceria sepanjang perkhidmatan saya di KBS”. Mengambil tema Hari Raya dan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 sememangnya perhimpunan kali ini ini agak berlainan dari sebelum ini. Dengan susun atur hiasan dalam dewan yang menarik dan penggunaan props di pentas cukup menceriakan suasana. Perhimpunan kali ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Antara acara yang diadakan sewaktu perhimpunan ialah Tayangan Video Imbasa Program sepanjang ulan Julai 2012, Sketsa ‘Balada Merdeka’, Penyampaian Kit kepada pegawai baru, Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Julai 2012, Penyampaian Sijil Pencapaian Penarafan 5 Bintang Pusat Tauliah IKBN, Pelancaran Kea rah Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi IKBN seluruh Malaysia, Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Komuniti Pelarian Somalia, Penyampaian Kad Ulang Tahun Kelahiran Warga KBS dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada JBS Negeri-negeri / IKBN / Agensi-agensi.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0