
SUASANA MERIAH DI MAJLIS BERBUKA PUASA KBS
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
BUKIT KIARA, 8 OGOS 2012 – Majlis berbuka puasa kementerian Belia dan Sukan (KBS) diraikan dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu yang mememnuhi setiap ruang Stadium Juara Bukit Kiara di sini malam tadi.
Kehadiran tetamu yang terdiri dari bekas-bekas atlet negara seperti Tan Sri Ghani Minhat, Khaidir Buyong, pemanah negara ke Sukan Olimpik London, Khairul Anuar Mohamad serta ramai lagi termasuk pengulas-pengulas sukan seperti Dato’ Hasbullah Awang, Haji Abdulah Hashim, Haji Alimi Wan Mahmud serta ramai lagi turut hadir menyerikan majlis sambutan kali ini.
Beberapa ikon belia seperti Dr. Nawwar Ariffin, Nabil Jefri, pemain skuasy negara, Azlan Iskandar, artis seperti Fizo Omar serta ramai lagi turut menjadi tumpuan mereka yang hadir petang itu.
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama isteri, Datin Sri Che Sharifah Ismail serta timbalannya, Dato’ Razali Haji Ibrahim bersama isteri turut memeriahkan majlis yang penuh warna warni.
Seramai 67 anak yatim dari tiga buah rumah iaitu Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Asrama Anak Yatim Damai, Kuang serta Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang yang kemudian menerima sumbangan hari raya yang disampaikan oleh Datin Sri Che Sharifah selaku Penaung Puspanita KBS.
Di masa yang sama, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) turut memberi sumbangan kepada sepuluh ahlinya sempena majlis ini yang disampaikan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Diantara penerima sumbangan ini, bekas bintang bolasepak negara di era 1950-an, Allahyarhanm Ahmad Nazari Haji Min, mendiang Tan Chiang Boo, dari sukan bina badan yang meninggal dunia baru-baru ini akibat sakit buah pinggang dan angin ahmar, bekas atlet angkat berat, Samah Ali yang mengidap kencing manis dan menyebabkan kakinya di potong serta bekas atlet olahraga, D. Nadarajan yang kini lumpuh akibat kecedaraan parah yang dialaminya tidak lama dahulu.
Selepas solat maghrib berjemaah, tetamu berpeluang mengikuti tazkirah yang disampaikan Ustaz Dato’ Mohd. Zawawi Yusoh dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala Lumpur.
Program diakhir dengan solat Isyak dan Terawih yang diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda (KRM) Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) di sini.
Disunting oleh : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0