KBS-PETRONAS JALIN KERJASAMA LATIH PENUNTUT IKBN

Jumaat, 10 Ogos 2012 16:44 UKK
Cetak PDF

 

KBS-PETRONAS JALIN KERJASAMA LATIH PENUNTUT IKBN 

Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

PUTRAJAYA, 9 Ogos 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menjalin kerjasama bersama Petronas untuk melatih  penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Penawar, Johor dalam sektor minyak dan gas seterusnya menjadikannya sebagai hab pengiktirafan sijil keselamatan.

 

         Jalinan kerjasama dimeterai dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Latihan Dalam Industri Minyak dan Gas yang ditandatangani Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed dengan Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Raiha Azni Abd. Rahman.

 

         Menurut Menteri Belia dan Sukan, kerjasama tersebut selari dengan hasrat kerajaan membangunkan modal insan berpendapatan tinggi seperti digariskan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

 

         “Latihan permulaan akan diadakan di IKBN Bandar Penawar yang terletak tidak jauh dari Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor dan seramai 20 orang pengajar IKBN akan dilatih oleh Institut Teknologi Petronas mulai Oktober ini bagi merangka kokurikulum dan modul yang berkaitan untuk pembelajaran,” katanya.

 

         Tambah beliau lagi, “transformasi melalui termeterainya MoU ini akan menaikkan martabat IKBN sebagai sebuah institusi latihan awam yang sentiasa komited untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran demi pembangunan negara. Pembangunan projek kompleks integrasi petroleum yang pesat di Pengerang, Johor mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan berasaskan kemahiran dan kepakaran dalam sektor industri minyak dan gas,” tambah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut.

 

         Pengambilan pertama pelajar bagi IKBN Bandar Penawar dalam bidang tersebut akan bermula Januari 2013 dengan jumlah seramai 500 belia  melaporkan diri.

 

         Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Dato’ Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, KBS, Haji Saari Salleh.

 

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm