
BUBUR LAMBUK PENYERI MAJLIS KHATAM AL-QURAN IKBN PAGOH
Oleh : Mohd. Yusoff Gunberi ( IKBN Pagoh )
PAGOH, 13 Ogos 2012 – Bubur lambuk yang disediakan secara gotong royong oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta kakitangan IKBN Pagoh menjadi sebahagian dari acara sempena Khatam Al-Quran di institusi pengajian ini.
Sebanyak 60 kilogram beras digunakan untuk menyediakan bubur lambuk yang menjadi acara tahunan IKBN Pagoh dengan diketuai Mohd. Amin Khamis dari Jabatan Kimpalan.

Pada sebelah petangnya pula, kira-kira 500 pelajar yang diketuai Imam Masjid At- Taqwa, Us
taz Zamberi Mun mengetuai majlis khatam Al-Quran yang diadakan di masjid IKBN ini. Majlis yang diadakan ini bukan sahaja menjadi sebahagian acara bagi mengimarahkan sambutan Ramadhan malah juga untuk mengeratkan kerjasama dua hala di antara pihak pengurusan dengan pelajar-pelajar.
Bubur lambuk kemudian diagih-agihkan kepada semua kakitangan, pelajar dan penduduk berhampiran.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0