
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TARAWIH BPS MERIAH
Oleh: Nik Mohd. Fitra Wan Jaffar ( Bahagian Pembangunan Sukan KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2012 : Kelab Keluarga dan Kebajikan Bahagian Pembangunan Sukan telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih peringkat bahagian bertempat disurau aras satu Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini malam tadi.
Program yang julung-julung kali diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan bahagian ini. Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Madzrib Ibrahim.
Acara dimulakan dengan majlis bacaan Yaasin dan tahlil dan dikuti dengan solat Maghrib berjemaah selepas majlis berbuka. Keistimewaan majlis ini adalah penglibatan semua ahli keluarga pegawai dan kakitangan yang bekerjasama menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Kemeriahan dapat dilihat daripada raut wajah yang ceria dengan gurau senda serta telatah anak-anak kecil.
Kemuncak acara adalah solat Isya’ dan solat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan Permotoran, Mohd Saipuddin Zakaria yang disertai hampir semua pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga.
Program sebegini perlu diteruskan agar ukhwah yang terjalin dapat memberikan kekuatan buat semua pegawai dan kakitangan demi meningkatkan pencapaian bahagian dan seterusnya KBS amnya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0