IHYA RAMADHAN : LEBARAN MENGIKUT ACUAN ISLAM

Selasa, 14 Ogos 2012 16:07 UKK
Cetak PDF

 

 

IHYA RAMADHAN : LEBARAN MENGIKUT ACUAN ISLAM

Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


PUTRAJAYA, 14 Ogos 2012 : Menjelang lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, PUSPANITA Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS telah menganjurkan satu program Kerohanian Ihya Ramadhan di Dewan Podium, KBS di sini hari ini. Program yang merupakan salah satu cara terbaik dalam menyemaikan benih-benih tawaduk dan istiqamah dalam melakukan ibadah terutamanya di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.


Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Tahir bin Kamis. Beliau memberi sedikit maklumat berkaitan tentang aturcara perjalanan ringkas. Beliau turut memperkenalkan hadirin dengan Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya , Ustaz Muhamad Redha bin Ahmad yang akan mengimamkan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tasbih dan Solat Sunat Hajat.


Selesai mengimamkan solat Ustaz Muhamad Redha bin Ahmad  turut memberikan sedikit tazkirah berkenaan tatacara bagaimana meraikan lebaran mengikut acuan Islam. Beliau memberi nasihat agar sambutan Hari Raya nanti tidak lah keterlaluan dengan mengikut hawa nafsu bahkan beliau berkata adalah lebih baik kalau dengan sekadar besederhana. Beliau menambah, “ Lebaran itu tetaplah diraikan tetapi biarlah berpada-pada, jangan hanya melihat pada perkataan meraikan itu kita sanggup berhabisan kerana yang lebih penting itu adalah keberkatan”. Beliau juga menggalakkan jika sekiranya kita dapat terus untuk berpuasa sunat 6 Hari kerana jika kita dapat berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal pahalanya  seolah-olah kita telah berpuasa selama satu tahun.


Program yang berakhir pada pukul 11.30 pagi ini turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Mohid bin Mohamed, serta isterinya  Datin Abidah Sani, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Dato’ Zaidon bin Hj Asmuni serta Isterinya, Datin Rahimah Awaluddin.


Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm