UTC KUALA LUMPUR SEDIA PUSAT AKTIVITI SETEMPAT UNTUK BELIA

Jumaat, 14 September 2012 08:39 UKK
Cetak PDF

 

UTC KUALA LUMPUR SEDIA PUSAT AKTIVITI SETEMPAT UNTUK  BELIA

Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

KUALA LUMPUR, 13 September 2012 – Warga kota Kuala Lumpur terutama golongan belia kini boleh mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dengan kemudahan fasiliti yang tersedia di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang atau lebih dikenali sebagai Y-Centre, Aras 4, Pudu Sentral di sini.

 

         Y-Centre merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuala Lumpur (KL) iaitu di bangunan Pudu Sentral. Atau dahulunya di kenali sebagai Hentian Pudu raya . UTC ini adalah  yang kedua di negara selepas pembukaan rasmi Bangunan UTC Melaka oleh Perdana Menteri pada 23 Jun lalu.

 

         Menurut, Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, “UTC merupakan salah satu daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan di kawasan bandar dalam suasana selesa, cekap, cepat dan mudah dicapai oleh segenap lapisan masyarakat,“ di Majlis Pra-Pelancaran UTC  Kuala Lumpur di sini hari ini.

 

         Majlis Pra Pelancaran hari ini bertujuan untuk meninjau perjalanan di UTC Kuala Lumpur sebelum perasmiannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 22 September nanti.

 

         Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Bin Talib.

 

         Beliau kemudiannya meluangkan masa hampir 20 minit melawat dan mencuba pelbagai kemudahan yang disediakan Y-Centre. Ketika ditemubual, beliau mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan kemudahan yang menyediakan begitu banyak aktiviti yang boleh disertai oleh masyarakat terutama golongan belia. Ujarnya lagi, Y-Centre akan menjadi salah satu tarikan kepada golongan belia untuk datang ke UTC Kuala Lumpur.

 

         Y-Centre menyediakan pelbagai kemudahan seperti kiosk informasi, gelanggang futsal, Gimnasium Rakyat, Studio Aerobik, Siber Kafe, ‘Wall Climbing’, permainan sukan dalaman seperti ping pong, pool, dam aji, dam Cina dan karoom.

 

         Selain Y-Centre, terdapat 31 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) ditempatkan di aras dua, tiga dan empat bangunan UTC Kuala Lumpur seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi.

 

         Manakala di aras bawah bangunan pula menempatkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia.

 

         UTC Kuala Lumpur  termasuk Y-Centre dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

 

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 

 

 

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm