LAWATAN AMALAN 5S KBS KE MPC

Jumaat, 14 Oktober 2011 16:45 UKK
Cetak PDF

 

LAWATAN  AMALAN 5S KBS KE MPC

              Oleh : Nur Azwani Ali (Unit Komunikasi Korporat,KBS)                  

                                                                                       Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya            

 

PETALING JAYA, 13 OKTOBER 2011 : Seramai 42 orang kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang terdiri dari fasiitator, ketua zon dan juru audit Amalan 5S  mengikuti   rombongan ke Malaysia Productivity Council (MPC) dalam usaha untuk mempelajari dan melihat keberkesanan Amalan 5S untuk dipraktikkkn di kementerian ini.

            Rombongan KBS yang diketuai oleh Ketua Audit Dalam, Rokiah Sahat  ini juga  bagi memantapkan lagi usaha ke arah pencapaian pensijilan amalan 5S yang disasarkan pada 11 November nanti.

            Satu sesi taklimat berkaitan Amalan 5S disampaikan Pegawai Perunding Jabatan Inovasi Enterprise, Sabri Hassan yang menekankan secara mendalam bagaimana amalan 5S ini banyak membantu untuk mempertingkatkan produktiviti dan memudahkan urusan kerja harian.

            Beliau juga mengingatkan kakitangan KBS bahawa perkara utama yang perlu diingat dalam menjalankan program amalan 5S ialah tidak sekali-kali memberi kejutan pada orang lain dalam usaha untuk memperkenalkan sesuatu prosedur atau tindakan yang baharu sebaliknya memberi arahan secara berhemah dan tidak  menganggap melakukan sesuatu itu kerana terpaksa disamping menghindari kerja secara bersendirian.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm