
KLINIK PERGIGIAN BERGERAK BAS 2 TINGKAT PERTAMA DI DUNIA
Oleh : Nurmasnira Morad ( Peserta KKBS Siri 1 / 2012 )
PUTRAJAYA, 25 MEI 2012 – Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) kini telah berjaya melangkah setapak kehadapan dengan menyediakan perkhidmatan pergigian bergerak menggunakan bas dua tingkat jenis doblue decker mobile.
Perkhidmatan ini merupakan yang pertama di dunia dan mulai beroperasi sejak tahun 2010. Sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 ini, ATM talah membawa klinik pergigian bergerak bas dua tingkat ini untuk tontonan para pengunjung supaya mereka lebih mengetahui dengan melihat sendiri teknologi perubatan yang canggih yang terdapat di dalam klinik ini.
Pengunjung boleh ke segmen Uniform yang terletak di hadapan Galeria PJH mulai 23 hingga 27 Mei ini untuk melihat sendiri klinik ini. Antara teknologi baharu yang digunakan ialah sistem Dental Readiness Management System (DRMS). Sistem ini akan menyimpan data rekod pesakit yang pernah menerima rawatan dari klinik bergerak ini. Pesakit hanya perlu membawa kad pengenalan untuk membuka rekod kesihatan pergigian mereka.
Selain itu, perkhidmatan pergigian ATM juga memberikan khidmat percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Rawatan ke kawasan luar bandar merupakan fokus utama ATM.
Orang ramai khsusnya tidak harus dilepaskan oleh para pengunjung kerana kita harus berbangga dengan pencapaian kita dalam bidang perubatan dan teknologi ini.
Disunting : Razali Haji Moahmed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0