Menyambut Kepulangan Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei di KLIA

Selasa, 15 Mac 2011 16:09 administrator
Cetak PDF

 

 

 

Menyambut Kepulangan Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei di KLIA

KLIA,15 MAC 2011: Kepulangan Datuk Lee Chong Wei di KLIA telah disambut Tuan Borhan mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Presiden Persatuan Badminton Amatur Malaysia(BAM), Datuk Nazmi Salleh dan pegawai-pegawai dari BAM yang berada di situ seawal 6.00 pagi.

Suasana di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA turut meriah dengan kehadiran pegawai dari Institut Sukan Negara dan para media yang tidak melepaskan peluang meyambut ketibaan juara dunia itu.

Sejurus tiba di tanah air, beliau telah dibawa ke kediaman rasmi YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk kunjungan hormatnya.

Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England di Arena Tertutup Birmingham dengan menundukkan musuh tradisinya itu, Lin Dan, 21-17 , 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Beliau berkata, semangat dan fokus kepada permainan adalah salah satu tips yang membawa kepada kejayaan beliau untuk mengalahkan juara dunia yang selama ini menjadi pesaing hebatnya.

Ini adalah merupakan kejuaraan ketiga bagi tahun 2011 sesudah muncul juara dalam Kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia Januari lalu.

Kejayaan beliau juga datangnya dari kata-kata semangat dan perangsang dari YAB Perdana Menteri sendiri melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebelum perlawanan akhir berlangsung.

Adalah diharapkan pemain sukan yang lain boleh mencipta kejayaan gemilang jika yakin dengan kelebihan sendiri seiring dengan slogan kata “Malaysia Boleh” menampilkan semangat kesukanan pada sukan tanah air kita.

Kata –kata semangat yang dipetik dari ahli sukan heavy weight dunia, ‘bersedia, yakin dengan kebolehan sendiri, dan tidak mudah berputus asa’ antara ramuan kejayaan ahli sukan heavy weight dunia, Mike Tyson yang boleh dijadikan pendorong kepada para ahli sukan yang lain untuk lebih semangat dan yakin demi mengharumkan nama negara.

Disediakan oleh Azmira Azhar, UKK

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm