
PELUANG OKU BINA KERJAYA
Oleh: Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 30 Julai 2011: Menyedari akan kepentingan sumbangan dari warga Orang Kelainan Upaya (OKU), Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) melalui program Dataran Remaja Rakan Muda telah menjemput pihak CareerXcell untuk memberi taklimat kepada warga OKU berkaitan peluang kerja yang menanti mereka.
CareerXcell, sebuah agensi pekerjaan telah memulakan inisiatif pada awal tahun ini dengan mengambil OKU bekerja dan ditempatkan di beberapa posisi seperti meja bantuan,kaunter khidmat pelanggan, kemasukkan data dan sebagainya.
Taklimat yang diberikan kepada hampir 30 orang OKU yang hadir meliputi syarat-syarat kelayakan kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), elaun bagi mereka yang layak dan peluang bekerja di syarikat dan organisasi sekitar Kelana Jaya.
Kebanyakan warga OKU yang masih bersekolah hadir bersama ahli keluarga dan guru-guru jelas teruja kerana menyedari sumbangan warga OKU tidak dipinggirkan. Pada masa yang sama, peluang pekerjaan yang disediakan turut mengajar warga OKU untuk berdikari.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan peluang pekerjaan kepada warga OKU bolehlah melayari laman sesawang www.careerxcell.com atau menghubungi 03-2171 2137.
Disunting oleh: Razali Hj. Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0