MENTER...
AKTIVITI JOGING ER...
YASIN DAN TAHLIL I...
PUSPANITA MENGATUR...
KPPA ZIARAH DATO...
MAJLIS PENYERAHAN ...
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

Pameran pendidikan yang bertempat di perkarangan menara Usahawan MECD, telah berjaya menarik penglibatan pelajar sekolah lepasan SPM, STPM serta ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah.
Pameran ini yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato` Dr. Azmi bin Setapa, Setiausaha Politik kepada Y.B. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mewakili menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato` Sri Mustapa bin Mohamed, pada 14 Mei 2010 jam 4 petang. Pameran ini juga turut dilawati oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Mei 2010 jam 10.20 pagi sebelum perhimpunan Hari Belia Negara dijalankan di PICC, Putrajaya pada sebelah petang.
Pameran yang julung kalinya diadakan sempena Hari Belia Negara ini melibatkan lebih kurang 38 institut pengajian tinggi termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seluruh negara. Menurut Pegawai Belia dan Sukan yang bertugas memantau pameran pendidikan, En Mohd Norazmi, pameran ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pameran ini juga memberikan peluang kepada pelajar lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk mendapatkan maklumat mengenai bidang pengajian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Pameran ini juga mendapat kunjungan ramai terutamanya daripada peserta yang menyertai sambutan Hari Belia Negara ini antaranya, pelatih Khidmat Negara, pasukan Rela, Persatuan Pengakap Malaysia, penuntut universiti-universiti, serta sukarelawan daripada Rakan Muda IPT.
Disediakan Oleh : Nor Amin b. Mohd. Isa
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0