SECOND MALAYSIA...
KBS UMUM PERTUK...
PROGRAM SAMBUTA...
IKBN PAGOH RAIH...
DATO’ MOHID TIN...
IPPBM MAMPU BER...
SEMINAR KESIHAT...
PAMERAN BAS BER...
LAWATAN KERJ...
Iklan Kemasukan Baru Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM
Klik>> selanjutnya
AKSES PERCUMA PANGKALAN DATA ATAS TALIAN (ONLINE DATABASES)
Klik>> selanjutnya
Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2013
Klik>> selanjutnya
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

KEM BAKAT BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI MENCARI BAKAT BARU DI NEGERI SABAH
Disediakan Oleh : Fazulia bt. Zulkifli, Bahagian Pembangunan Sukan
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
SANDAKAN, 27 JUN 2012 - Pelaksanaan program Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Sabah untuk tahun 2012 telah dilaksanakan di Kompleks Sukan Sandakan bermula pada 22 hingga 24 Jun. Kem kali ini merupakan kem terakhir untuk jangkamasa setengah tahun pertama 2012. Diimbas semula, program ini telah dilaksanakan bermula pada bulan Mac di Negeri Sembilan, diikuti di negeri Kelantan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Kem ini adalah program kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri adalah program berbentuk latihan asas yang memberi fokus untuk mendedahkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja diperingkat akar umbi mengenai teknik permainan asas badminton dengan sistem yang betul. Disamping itu, Kem ini juga bertujuan untuk mengenalpasti dan menggilap bakat-bakat baru pada usia 9 hingga 12 tahun dalam sukan badminton.
Di Kompleks Sukan Sandakan, seramai 94 orang peserta, lelaki dan perempuan terdiri daripada pelbagai kaum telah menyertai Kem ini dengan jayanya. Peserta-peserta ini didatangkan dari beberapa daerah di sekitar Sandakan oleh ibu bapa mereka khusus untuk berguru dengan Ketua Jurulatih Kem iaitu bekas jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek. Kesempatan yang berharga dilatih sendiri oleh bekas jurulatih negara tidak disia-siakan oleh para peserta. Selain Misbun Sidek, latihan di Kem ini juga dibantu oleh 14 orang jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang sangat berbesar hati dapat mengajar teknik-teknik bermain badminton yang betul disamping memberi tips-tips yang berguna untuk peserta. Datuk Misbun Sidek juga turut membawa 2 orang pemain badminton kanak-kanak yang berpotensi iaitu Hakimi Rahman dan Rahim Rahman sebagai model untuk membuat latihan.
Adalah diharapkan melalui program ini, populasi rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti sukan akan bertambah. Ini adalah kerana program ini merupakan satu platform penyuntik semangat kepada golongan kanak-kanak untuk terlibat secara aktif dalam sukan khususnya badminton. Kelebihan nama Misbun Sidek, yang memberi latihan kepada peserta sudah tentu akan dapat menarik ramai penggiat-penggiat sukan badminton untuk menghantar anak-anak mereka untuk terus bergiat secara serius dalam sukan ini. Penglibatan ibu bapa dalam merencana penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti sukan di masa senggang ataupun secara serius adalah sangat perlu.
Majlis Perasmian Penutup Kem telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd. Dahali bin Hj. Mat Sin, Pengarah JBS Sabah. Turut hadir Pengarah Cawangan Satelit ISN, Tuan Hj. Md. Saadon bin A. Shukor.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Powered by
Translate

| No events |









![]() | Hari ini | 2758 |
![]() | Semalam | 14151 |
![]() | Bulan Ini | 229231 |
![]() | Bulan Lepas | 370991 |
![]() | Keseluruhan | 10509219 |
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0