KUCING SEANTERO DU...
HARAPAN BAHARU ...
KEJOHANAN...
KSU...
PERSEMBAHAN JLKN D...
Pertandingan Mencipta Tag-line Integriti Dalam Sukan Klik>> selanjutnya
Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama Datuk Maznah Hamid Klik
>> selanjutnya
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

HIDUPKAN SEMANGAT KESUKARELAAN
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR , 23 JUN 2012 - “Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita bersama untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan yang kian terhakis dikalangan masyarakat kita hari ini. Semangat ini perlu terus tertanam di dalam diri setiap individu bagi melahirkan sebuah masyarakat yang prihatin dan saling bantu membantu.”
“Kerja-kerja sukarela seperti bergotong-royong kian hilang disebabkan tiada lagi yang sanggup meluangkan masa atau tenaga untuk menjayakan sesuatu kerja gotong royong. Semuanya kini hanya dapat digerakkan dengan sedikit ganjaran atau upah,” ujar Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Zaidon Haji Asmuni ketika melancarkan Malam Pengiktirafan Rakan Malaysia Relief Agency (MRA) di Dewan Serbaguna Masjid Khalid Ibnu Walid, Padang Tembak di sini malam tadi.
Majlis anjuran MRA ini bagi mengiktiraf sumbangan dan penglibatan persatuan-persatuan dan orang perseorangan dalam kerja-kerja sukarela ketika bencana alam sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Katanya, penglibatan golongan belia dalam kerja-kerja sukarela ini perlu dilakukan secara menyeluruh dan berterusan supaya gerakan kesukarelaan ini terus berupaya menarik minat mereka. Inisiatif KBS melahirkan sekumpulan belia melalui MYCorps dianggap tepat kerana kumpulan pertama melalui program ini telah berjaya melaksanakan tugasan mereka di beberapa negara terpilih dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan.
Dato’ Zaidon yakin usaha menggerakkan gelombang kesukarelaan ini akan terus dipertahankan jika banyak pihak yang muncul untuk mengambil bahagian di dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan itu. Fenomena mengharapkan ganjaran atau upah bagi sesuatu tugasan itu perlulah dihentikan bagi membantu menyelamatkan semangat kesukarelaan dari kian terhakis.
Disunting oleh : Idris Bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Powered by
Translate










![]() | Hari ini | 2591 |
![]() | Semalam | 9827 |
![]() | Minggu Ini | 75645 |
![]() | Minggu Lepas | 94873 |
![]() | Bulan Ini | 297052 |
![]() | Bulan Lepas | 655775 |
![]() | Keseluruhan | 10206049 |
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0