start
stop
belia sukan kemahiran
  • PROMOSI KARNIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 DI IPOH

  • PEGAWAI PENJARA SERTAI KURSUS RAKAN MUDA

  • PERHIMPUNAN MESRA BULAN MEI 2013

  • AMANAT DAN PESANAN YB. KHAIRY JAMALUDDIN BUAT WARGA KBS

  • RAIKAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 DENGAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

  • BENGKEL TRANSFORMASI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KBS TAHUN 2013

  • PESTA MENCANDAT SOTONG DI MARANG TERENGGANU

  • MENTERI BELIA LUANG MASA LAWAT TKSU

  • AKTIVITI JOGING ERATKAN WARGA UKK

  • YASIN DAN TAHLIL IRINGI PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH DATIN RAHIMAH

maklumat terkini

Pertandingan Mencipta Tag-line

Pertandingan Mencipta Tag-line Integriti Dalam Sukan Klik>> selanjutnya

Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama

Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama Datuk Maznah Hamid Klik
>> selanjutnya

Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan

Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya

Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps

Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya

Penangguhan Majlis Konvokesyen IKBN Kali Ke- 9

Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia  dan Sukan Malaysia  Kali Ke- 9

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia  dan Sukan Malaysia  Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  telah ditunda pada tarikh 24 hingga  25 Jun 2013 di tempat yang sama.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653

Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM)

Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya

Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia

Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

MSYC 2012 BERJAYA MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA

Selasa, 03 Julai 2012 15:23 Bhg. Pemb. Sukan

 

MSYC 2012 BERJAYA MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA 

Oleh : Nik Fitra Wan Jaffa ( Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

PUTRAJAYA , 25 Jun 2012 : Seramai 80 orang belia terdiri daripada belia-belia Malaysia dan Singapura berkampung selama tujuh hari di Kampung Bukit Jering, Jeli Kelantan, dan Taman Wetland Paya Indah, Dengkil, Selangor sempena Program 17 th Malaysia – Singapore Youth Camp  ( MSYC ) 2012.

 

            Program MYSC  pada dasarnya dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Majlis Belia Kebangsaan Singapura yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara melalui penglibatan belia. Selain itu, program ini  untuk menghargai dan memahami etika, budaya serta cara hidup kedua-dua negara.

 

            Program tahunan ini mula dianjurkan pada tahun 1991 atas inisiatif bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong semasa lawatan beliau ke Malaysia  tidak lama lalu. Tahun ini giliran Malaysia diplih menjadi tuan rumah bagi program tahunan ini.

 

            Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti fizikal pendakian Gunung Stong dan sukaneka, perbincangan kumpulan, persembahan kebudayaan kedua-dua negara, kunjungan hormat, program homestay, lawatan serta interaksi dengan belia-belia tempatan.

 

            Majlis perasmian penutup telah disempurnakan  Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu bertempat Palm Garden Hotel Putrajaya. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Pengarah Majlis Belia Kebangsaan Singapura.

 

            Dalam ucapan perasmian penutup, beliau mencadangkan kepada pihak penganjur agar membawa peserta kontinjen Malaysia yang sama tahun ini pada perhimpunan tahun hadapan di Singapura supaya semua peserta dalam merasai budaya dan cara hidup rakyat Singapura pula.

 

            Rata-rata peserta teruja dan berterima kasih atas cadangan Senator Tuan Gan Ping Sieu. Penganjuran kali ini dilihat berjaya kerana peserta begitu komited dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Petanda positif ini merupakan bukti bahawa belia-belia kedua-dua negara masih lagi memiliki semangat saudara serumpun yang perlu dikekalkan demi memastikan pembangunan belia kedua-dua negara agar bergerak seiring dengan peredaran masa.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

LAST_UPDATED2
Arabic French Hindi Japanese Korean

Powered by google translatorTranslate

countdown

aktiviti semasa

May 2013
M T W T F S S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
statistik pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1651
mod_vvisit_counterSemalam11886
mod_vvisit_counterBulan Ini258108
mod_vvisit_counterKeseluruhan10167105

(Mulai Mac 2011)

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm