PANCARAGAM TENTERA...
90,000 AKHBAR PER...
MENTERI KBS RASMIK...
PAMERAN PEDANG RAS...
PELATIH PLKN TUN...
PROMOSI KARNIVAL B...
PEGAWAI PENJARA SE...
PERHIMPUNAN MESRA ...
Pertandingan Mencipta Tag-line Integriti Dalam Sukan Klik>> selanjutnya
Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama Datuk Maznah Hamid Klik
>> selanjutnya
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

MALAYSIA NEGARA PERTAMA ANJUR WSK ASIA
Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 18 Julai 2012 – Malaysia menjadi negara pertama yang akan menganjurkan kejohanan Perlumbaan World Series Karting (WSK) Asia pada 22 hingga 23 September 2012 di Litar Antarabangsa Sepang dengan nama WSK Malaysia.
Kejohanan go-kart dalam sukan permotoran ini merupakan salah satu bidang sukan yang terkenal dan bertaraf dunia terutama di benua Eropah. Penganjurannya di Asia adalah bagi melonjakkan minat dan mengetengahkan bakat-bakat pelumba yang terdiri daripada golongan belia Asia.
Pelancaran WSK Asia ini telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur kerana memilih Malaysia sebagai destinasi kedua kejohanan selepas Singapura.Tahun 2012 juga menyaksikan Macau turut terpilih bagi lokasi di peringkat Asia.
Tambah beliau lagi, kejohanan permotoran sebegini adalah platform terbaik kepada pelumba-pelumba muda negara untuk mempamerkan aksi terbaik mereka bersaing bersama pelumba-pelumba lain, disamping mengumpul lebih ramai peminat sukan permotoran di negara ini.
Kejohanan ini mempertandingkan empat kategori utama iaitu Masters, Seniors dan Juniors dan Cadet. Selepas Malaysia, WSK Asia akan meneruskan siri perlumbaannya ke Singapura pada 3 hingga 4 November 2012.
Pelumba yang berjaya mengumpul mata tertinggi dalam pelumbaan yang dianjurkan berpeluang menimba pengalaman di Eropah bersama pasukan di sana. WSK Asia juga akan diperluaskan di beberapa negara Asean seperti Thailand, Indonesia dan China bagi melahirkan ramai jaguh Asia untuk bersaing di benua Eropah nanti.
Kepada pelumba-pelumba muda negara yang ingin menyertai perlumbaan ini masih lagi berpeluang mendaftarkan diri sebelum tarikh tutup iaitu pada 3 September 2012. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.wskasia.com.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Powered by
Translate










![]() | Hari ini | 643 |
![]() | Semalam | 12712 |
![]() | Minggu Ini | 48405 |
![]() | Minggu Lepas | 94873 |
![]() | Bulan Ini | 269812 |
![]() | Bulan Lepas | 655775 |
![]() | Keseluruhan | 10178809 |
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0