PROMOSI KARNIVAL B...
PEGAWAI PENJARA SE...
PERHIMPUNAN MESRA ...
MENTER...
AKTIVITI JOGING ER...
YASIN DAN TAHLIL I...
Pertandingan Mencipta Tag-line Integriti Dalam Sukan Klik>> selanjutnya
Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama Datuk Maznah Hamid Klik
>> selanjutnya
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

RAKYAT PERLU BERSATU DOAKAN KEJAYAAN NEGARA DI KOTA LONDON
Disediakan oleh : Razali Bin Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
SRI PETALING, 24 Julai 2012 - Rakyat Malaysia perlu sentiasa mempunyai rasa bangga dan mendoakan kejayaan atlet-atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik London yang akan bermula 27 Julai ini untuk mencari pingat emas pertama negara dan tidak melihat kepada perkara-perkara yang negatif atau remeh temeh yang tidak menyumbang kepada pembangunan negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim berkata, usaha membangunkan sukan negara perlu kerjasama semua pihak dan tidak semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja. Sokongan peminat seperti membeli tiket untuk menyaksikan sesuatu perlawanan misalnya dianggap sebagai menyokong program pembangunan sukan negara.
Katanya, inisiatif yang dilakukan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) untuk menjadikan Stesen LRT Bukit Jalil sebagai “Station Of Life” untuk mempromosikan semangat kesukanan di kalangan warga Lembah Klang khususnya dianggap bertepatan dengan langkah kerajaan untuk membangunan sukan di negara ini dan menjadikannya sebagai satu industri yang mempunyai prospek yang baik.
Station Of Life ini adalah konsep untuk menonjolkan stesen-stesen LRT sebagai tempat bagi semua terutamanya penumpang LRT untuk relaks, bersosial, berhibur dan mendapat maklumat terkini berhubung program-program syarikat dan kerajaan.
Tema The Flame of Sporting dipilih sejajar dengan beberapa acara sukan bertaraf antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sukan Bukit Jalil seperti perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan negara menentang Arsenal, Manchester City dan temasya Sukan Olimpik London.
Menurut Dato’ Razali lagi, sukan dilihat sebagai alat perpaduan yang cukup efektif kerana semua peminat sedia mengetepikan sentimen kaum atau bangsa semata-mata untuk melihat kejayaan pasukan mereka. Walaupun ada disiplin sukan yang didominasi satu-satu kaum sahaja, namun ia tidak menghalang peminat terus menyokong mereka tanpa rasa berbelah bahagi.
“Perjuangan mereka adalah atas nama negara dan bukannya mewakili kaum atau bangsa. Selaras dengan konsep sukan untuk perpaduan, kita perlu bersatu untuk terus menyokong kejayaan pasukan kita,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Station Of Life – The Flame of Sporting Spirit Stesen LRT Bukit Jalil di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Jamil Salleh dan pengurusan tinggi Prasarana.
Dato’ Razali mahukan rakyat Malaysia terus menyokong pasukan negara yang bakal beraksi sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa sambil mengibarkan Jalur Gemilang sejajar dengan sambutan Bulan Kemerdekaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
Katanya, harapan rakyat Malaysia tinggi menggunung untuk melihat Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang di London nanti. Kesemua atlet yang terpilih dianggap telah berjaya menempa nama sebaris dengan jaguh-jaguh dunia yang lain kerana layak ke sukan terbesar di dunia itu.
Terdahulu, Dato’ Razali mengagih-agihkan bendera kecil kepada penumpang-penumpang LRT dan menaiki tren berkenaan dari Stesen Masjid Jamek sehingga ke Stesen Bukit Jalil.
Disunting oleh : Haji Sulaiman Bin Abdul Manan (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Powered by
Translate
![]()










![]() | Hari ini | 5298 |
![]() | Semalam | 11886 |
![]() | Minggu Ini | 40348 |
![]() | Minggu Lepas | 94873 |
![]() | Bulan Ini | 261755 |
![]() | Bulan Lepas | 655775 |
![]() | Keseluruhan | 10170752 |
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0