MENTER...
AKTIVITI JOGING ER...
YASIN DAN TAHLIL I...
PUSPANITA MENGATUR...
KPPA ZIARAH DATO...
MAJLIS PENYERAHAN ...
KONVOI PROMOSI FES...
KONVOI MOTOSIKAL ...
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

1M4U: SUKARELAWAN TIDAK MENGIRA TEMPAT
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
SELANGOR, 15 Julai 2012 : “Terima kasih kerana sudi datang dan menganjurkan program di tempat kami ini,” demikian ucap salah seorang penduduk kampung orang asli Hulu Kuang, Selangor. Bersempena dengan program sukarelawan 1Malaysia For Youth (1M4U) baru-baru ini.
Kampung Orang Asli Hulu Kuang didiami hampir 400 penduduk adalah antara 16 lokasi yang menjadi tumpuan bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.
Aktiviti kesukarelaan yang dijalankan di sini adalah gotong-royong membersihkan kawasan padang dan kawasan sekitar kampung, membersihkan surau, mengemas dan mengecat Balai Raya. Program sukarela di kawasan ini melibatkan para sukarelawan dari UKAS (UEM Group) dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Antara tetamu kehormat yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Tuan Haji Sa’ari bin Salleh yang turut bersama-sama sukarelawan mengerah keringat membantu penduduk.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Kuang, Tuan Abdul Shukor bin Idros. Dalam ucapan perasmian, beliau berkata “Dengan keadaan kampung yang agak jauh dari hiruk pikuk pembangunan, inilah masanya kita membantu mereka yang memerlukan.”
Tambah beliau lagi “keadaan kampung yang agak terpencil menyukarkan mereka untuk berhubung dengan dunia luar dan program sebegini merupakan alternatif terbaik untuk mereka mendekatkan diri dengan masyarakat dan pemimpin.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0