start
stop
belia sukan kemahiran
  • DERUMAN SCRAM 1MALAYSIA GEGAR FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

  • WOW YIKEBIKE JADI TARIKAN BELIA DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

  • REALISASIKAN BELIA ASPIRASI NEGARA

  • FORUM PERDANA : INSPIRASI BELIA NEGARA

  • PANCARAGAM TENTERA DARAT CURI PERHATIAN MENTERI KBS

  • 90,000 AKHBAR PERCUMA DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

  • MENTERI KBS RASMIKAN ARENA VIPER CHALLENGE

  • PAMERAN PEDANG RASULULLAH S.A.W DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

  • PELATIH PLKN TUNJUK AKSI DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

  • PROMOSI KARNIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 DI IPOH

maklumat terkini

Pertandingan Mencipta Tag-line

Pertandingan Mencipta Tag-line Integriti Dalam Sukan Klik>> selanjutnya

Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama

Seminar ini berkonsepkan santai "high tea" bersama Datuk Maznah Hamid Klik
>> selanjutnya

Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan

Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya

Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps

Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya

Penangguhan Majlis Konvokesyen IKBN Kali Ke- 9

Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia  dan Sukan Malaysia  Kali Ke- 9

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia  dan Sukan Malaysia  Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  telah ditunda pada tarikh 24 hingga  25 Jun 2013 di tempat yang sama.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653

Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM)

Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya

Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia

Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

BELIA PERLU KELUAR DARI KEPOMPONG UNTUK HASILKAN KEJAYAAN

Isnin, 06 Ogos 2012 15:46 UKK

BELIA PERLU KELUAR DARI KEPOMPONG UNTUK HASILKAN KEJAYAAN

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2012 – Golongan belia hari ini perlu keluar dari kepompong yang membelenggu diri masing – masing dan merebut segala peluang yang terhidang untuk mereka.

 

          Sikap tunggu dan lihat dianggap sudah lapuk dan hanya boleh merugikan diri sendiri kerana dalam arus peredaran masa hari ini segalanya bergerak pantas dan tidak akan menunggu sesiapa.

 

           Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Hatipah Haji Ibrahim, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan enam inisiatif yang perlu direbut oleh golongan belia mengikut gaya hidup atau kesesuaian mereka sendiri.

 

           Katanya, penubuhan Parlimen Belia dan Ikon Belia dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada golongan muda kerana kerajaan sentiasa mahu mendengar suara dan isi hati orang muda dalam program pembangunan negara. Sumbangan generasi–Y itu dianggap penting kerana dalam usaha merencanakan program masa hadapan, setiap keperluan belia diambil kira dan diberikan keutamaan.

 

          “Kerajaan sentiasa prihatin dan mahu mendengar suara hati belia dan kita mempelawa golongan belia ini supaya berkongsi pendapat atau pandangan disamping segera meneroka peluang yang disediakan tanpa bertangguh-tangguh atau bersikap tunggu dan lihat,” ujarnya ketika menjadi tetamu di rancangan Terus Terang terbitan Radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.

 

          Golongan belia juga mempunyai tanggungjawab untuk menangkis segala persepsi negatif yang sering dilemparkan terhadap mereka walaupun ia cuma membabitkan sebilangan kecil daripada mereka. Mereka perlu bangkit untuk menafikan segala tohmahan atau pandangan sinis tersebut dengan bersama-sama melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada negara, agama dan bangsa.

 

Disunting oleh : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

LAST_UPDATED2
Arabic French Hindi Japanese Korean

Powered by google translatorTranslate

aktiviti semasa

May 2013
M T W T F S S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
statistik pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini11207
mod_vvisit_counterSemalam12712
mod_vvisit_counterMinggu Ini58969
mod_vvisit_counterMinggu Lepas94873
mod_vvisit_counterBulan Ini280376
mod_vvisit_counterBulan Lepas655775
mod_vvisit_counterKeseluruhan10189373

(Mulai Mac 2011)

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm