|
2.1 Pengenalan
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.
Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Tambahan 6 buah IKBN lagi sedang diperingkat pembinaan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.
Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.
Matlamat penubuhan IKBN ialah :
- Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah. - Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
- Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.
IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-
> Latihan Kemahiran > Kepimpinan dan Ketatanegaraan > Keagamaan dan Kerohanian > Keusahawanan > Kawad > Sukan dan Rekreasi
2.2 Logo IKBN

Pengertian logo
Perisai : Membawa makna IKBN menjadi tempat naungan bagi belia memperolehi latihan kemahiran. Warna biru membawa makna IKBN melahirkan tenaga kerja kolar biru yang berkemahiran dan diiktiraf.
Gear : Membawa makna belia yang berkemahiran adalah penggerak kepada pembangunan negara. Warna kuning membawa maksud kecemerlangan dalam latihan adalah aspek yang sentiasa dititikberatkan dalam pembelajaran di IKBN.
Lengkungan dalam Gear Bewarna Merah : Membawa makna IKBN berusaha memupuk sifat keberanian dan semangat kental para pelajar bagi menempuhi cabaran dalam alam pekerjaan yang bakal ditempuhi.
Simbol Buku : Membawa maksud ilmu yang diterapkan kepada para belia di IKBN merangkumi pelajaran amali dan teori. Kulit buku berwarna hijau bermaksud para belia juga diterapkan dengan ilmu keagamaan dan nilai murni bagi melahirkan belia yang mahir dan bersifat mulia. 2.3 Senarai IKBN 1. IKBN Peretak, Selangor 2. IKBN Dusun Tua, Selangor 3. IKBN Wakaf Tapai, Terengganu 4. IKBN Jitra, KEdah 5. IKTBN Sepang, Selangor 6. IKBN Seri Iskandar, Perak 7. IKBN Pagoh, Johor 8. IKBN Chembong, Negeri Sembilan 9. IKBN Alor Gajah, Melaka 10. IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang 11. IKBN Bachok, Kelantan 12. IKBN Kuala Perlis, Perlis 13. IKBN Kinarut, Sabah 14. IKBN Miri, Sarawak 15. IKBN Temerloh, Pahang 16. IKBN Kemasik, Terengganu 17. IKBN Pekan, Pahang 18. IKBN Naka, Kedah 19. IKBN Bandar Penawar, Johor 20. IKBN Kuala Langat, Selangor 21. IKBN Tanah Merah, Kelantan
2.4 Alamat IKBN
IKTBN Sepang Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor. Tel: 03 – 87061720 http://www.iktbnsp.gov.my IKBN Dusun Tua KM 25, Dusun Tua 43100 Hulu Langat, Selangor. Tel: 03 – 90217100 http://www.ikbndt.gov.my
IKBN Peretak 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Tel: 03 - 60651401 http://www.ikbnpt.gov.my IKBN Wakaf Tapai KM 24 Jln K.Terengganu - K.Berang Wakaf Tapai 21040 Marang, Terengganu. Tel: 09 – 6802077 http://www.ikbnwt.gov.my
IKBN Jitra Jln Changloon 06000 Jitra, Kedah Tel: 04 – 9174676 http://www.ikbnjt.gov.my IKBN Seri Iskandar Bandar Seri Iskandar 32600 Bota, Perak Tel: 05 – 3711300 http://www.ikbnsi.gov.my
IKBN Kuala Perlis, Jln. Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis Tel: 04 – 9855985 http://www.ikbnkp.com.my IKBN Bukit Mertajam, 14000 Berapit, Bkt. Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 04 – 5225288 http://www.ikbnbm.gov.my
IKBN Bachok, Kg. Tangok, 16300 Bachok, Kelantan. Tel: 09 – 7787700 http://www.ikbnbc.gov.my IKBN Alor Gajah, KM 34, Jln. Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Tel: 06-3851255 http://www.ikbnag.gov.my
IKBN Pagoh, KM 21, Jln. Panchur, 84500 Pagoh, Muar, Johor Tel: 06 – 9737836 http://www.ikbnpg.gov.my IKBN Chembong, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 6857900 http://www.ikbncb.gov.my
IKBN Miri, Jln. Permy Jaya Utama, Bandar Baru Permy Jaya, 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085- 660714 http://www.ikbnmr.gov.my IKBN Kinarut, W.D.T 16, Jalan Limau-Limauan 89609 Papar. Sabah. Tel: 088-755929 http://www.ikbnkn.gov.my
IKBN Temerloh Kampong Bongsu, Lanchang Lot PT 4223, Mkm. Semantan, 28000 Temerloh, Pahang Tel: 09 – 2805550 http://www.ikbnt.gov.my
2.5 Kursus sepenuh masa yang ditawarkan
1. Teknologi Kejuruteraan Elektrikal 2. Teknologi Kejuruteraan Elektronik 3. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal 4. Teknologi Kejuruteraan Automotif 5. Teknologi Kejuruteraan Awam 6. Teknologi Kejuruteraan Marin 7. Teknologi Fotografi 8. Teknologi Maklumat 9. Teknologi Tekstil dan Apparel 10. Teknologi Makanan 11. Perkhidmatan Personal
[kursus mengikut ikbn]
2.6 Badan Persijilan
Berikut adalah badan-badan persijilan yang mengiktiraf kelayakan dan kekompetensi bidang-bidang kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): Badan Persijilan Persijilan
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 ,2 dan 3 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 Suruhanjaya Tenaga (ST) Perakuan Kekompetenan Pendawai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kecekapan Latihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Diploma Teknologi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sijil Teknologi, Diploma Teknologi
2.7 PROGRAM / KURSUS TAMBAHAN DI IKBN
1. KURSUS SEPARUH MASA - Terbuka kepada individu/pekerja industri yang berminat. - Kemudahan tempat tinggal, makan minum tidak disediakan. - Yuran latihan tidak dibiayai - Persijilan adalah seperti kursus sepenuh masa - Kursus dilaksana di luar waktu pejabat - Sila hubungi IKBN/IKTBN untuk maklumat lanjut
2. KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (CUSTOMISE) - Terbuka kepada individu/pekerja industri yang berminat - Modul kursus boleh diubahsuai mengikut kehendak peserta - Kemudahan tempat tinggal, makan minum tidak disediakan - Yuran latihan tidak dibiayai - Sijil kehadiran kursus akan dikeluarkan oleh IKBN/IKTBN yang berkenaan - Kursus dilaksana di luar waktu pejabat - Sila hubungi IKBN/IKTBN untuk maklumat lanjut.
3. PROGRAM SKILL 2Y (Kemahiran kepada Belia) IKBN dilihat sebagai satu saluran yang dapat membentuk usaha Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan berbagai aktiviti yang dapat membentuk minat di dalam kerja tangan (kemahiran) khususnya kepada belia lepasan sekolah dan belia yang sedang bekerja bagi memantapkan skill mereka.
Program Skill 2Y merupakan program latihan jangka pendek untuk belia-belia dalam bidang kemahiran yang dijalankan secara tidak formal. Program ini disediakan kepada masyarat berhampiran tempat kediaman mereka supaya mudah untuk peserta menghadiri kursus.
Terbuka kepada : 1. Belia lepasan sekolah 2. Belia sedang bekerja 3. Ahli-ahli persatuan belia 4. Belia di dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun
Objektif program : 1. Mengoptimakan segala kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga manusia yang terdapat di IKBN untuk faedah belia dan masyarakat setempat juga IKBN sendiri 2. Mendedahkan bidang kemahiran yang terdapat di dalam IKBN disamping menyediakan peluang mendapatkan latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada belia. 3. Membantu menerapkan minat belia-belia dalam menjana tenaga mahir untuk membangunkan negara mereka sendiri tanpa bergantung kepada pekerja asing semata-mata. 4. Mengisi masa senggang para belia di hujung minggu. 5. Mempromosikan bidang-bidang kemahiran yang kurang popular di kalangan remaja masa kini.
Kemudahan yang diberikan kepada para peserta program : 1. Bahan latihan (Bahan guna habis) 2. Makan minum peserta 3. Penginapan peserta 4. Utiliti 5. Persijilan Peserta 6. Insuran Peserta 7. Pakaian Peserta
Tempoh Kursus : Selama 3 hari 2 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad) = selama 20 jam.
Kapasiti peserta : Minimum = 5 Maksimum = 15
Antara kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan : Membuat kek, Service enjin motorsikal, menjahit baju kurung tradisional, melukis pola baju melayu, memasak makanan barat, mencanting Batik * Kursus di atas bukan kursus wajib, tertakluk kepada perubahan.
Penyertaan : Sila hubungi IKBN setempat bagi mengetahui kursus yang ditawarkaan.
4. PROGRAM SKILL 4Y (KEMAHIRAN UNTUK BELIA) Program Skill 4Y merupakan program latihan jangka pendek untuk belia-belia untuk mendapatkan kemahiran. Peserta akan diberi latihan kemahiran oleh tenaga pengajar IKBN dengan menggunakan kemudahan bengkel dan peralatan di IKBN.
Objektif program : 1. Mengoptimakan segala kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga manusia yang terdapat di IKBN untuk faedah belia dan masyarakat setempat juga IKBN sendiri. 2. Mendedahkan bidang kemahiran yang terdapat di dalam IKBN disamping menyediakan peluang mendapatkan latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada belia. 3. Membantu menerapkan minat belia-belia dalam menjana tenaga mahir untuk membangunkan negara mereka sendiri tanpa bergantung kepada pekerja asing semata-mata. 4. Mengisi masa senggang para belia di hujung minggu. 5. Mempromosikan bidang-bidang kemahiran yang kurang popular di kalangan remaja masa kini.
Terbuka kepada : 1. Belia berumur 16 hingga 25 tahun yang boleh membaca dan menulis. 2. Syarat-syarat lain mengikut keperluan kursus contoh ; tidak buta warna, tiada kecacatan anggota.
Borang boleh diperolehi : - IKBN
Kursus-kursus kemahiran adalah seperti berikut : a. Bidang Kej Elektrikal 1. Kursus Pemasangan Elektrik (lampu, kipas, plug) 2. Kursus Penyelenggaraan Pendingin Hawa, dll
b. Bidang Kej Elektronik 1. Kursus Sistem Penggera 2. Kursus Sensor, dll
c. Bidang Kej Mekanikal 1. Kursus Membuat Jeriji Besi 2. Kursus Membuat Papan Tanda Berlampu, dll
d. Bidang Kej Awam 1. Kursus Pemasangan Jubin 2. Kursus Penerapan Bata 3. Kursus Penyenggaraan Pintu 4. Kursus membuat Sistem Pancuran Air, dll
e. Bidang Kej Automotif 1. Kursus Penyenggaraan Brek 2. Kursus Penyenggaraan dan Penalaan Enjin 3. Kursus Penyenggaraan Pendingin Hawa 4. Kursus Asas Auto Elektrik 5. Kursus Penyenggaraan Motorsikal, dll
f. Bidang Teknologi Makanan 1. Kursus Menghias Kek 2. Kursus Ukiran Buah-buahan 3. Kursus Memasak Pasta 4. Kursus Table Setting & Napkin Folding, dll
g. Bidang Tekstil dan Apparel 1. Kursus Jahitan Manik 2. Kursus Jahit Langsir 3. Kursus Asas Jahitan Tangan (Sembat, tulang Belut) 4. Kursus Mencanting Tudung 5. Kursus Sulaman Reben, dll
h. Bidang perkhidmatan Personel 1. Kursus Rawatan dan Penjagaan Kuku 2. Kursus Teknik Memotong Rambut 3. Kursus Asas Solekan 4. Kursus Rawatan Muka, dll
i. Bidang Kej Marin 1. Kursus Penyenggaraan Enjin Bot, dll
j. Bidang Teknologi Komputer dan Multimedia 1. Kursus Pemasangan Komputer 2. Kursus Menyunting Grafik, dll
* Kursus di atas bukan kursus wajib, tertakluk kepada perubahan.
Kemudahan yang diberikan kepada para peserta program : 1. Bahan latihan (Bahan guna habis) 2. Makan minum peserta 3. Penginapan peserta 4. Utiliti 5. Persijilan Peserta 6. Insuran Peserta 7. Dobi 8. Student kit
Tempoh Kursus : Selama 3 hari 2 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad) = selama 20 jam. Kapasiti peserta : Minimum = 5 Maksimum = 15
Penyertaan : Dapatkan borang di IKBN berdekatan.
|