|
1.
|
Menentukan hala tuju dan hala cara pembangunan dan pelaksanaan ICT bagi KBS dan agensi di bawahnya melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT KBS) selaras dengan Pelan Strategik ICT(ISP) KBS;
Aktiviti:
- Merancang dan merangka peruntukkan pembangunan projek-projek ICT> di bawah RMKe9 dan RMKe10
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT KBS) sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) empat (4) kali setahun
- Menyediakan dan kajian semula Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian
- Menyelaras dan memantau kemajuan projek-projek ICT yang telah diluluskan
- Menyediakan dan menyelaras kertas kerja untuk kelulusan teknikal Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) MAMPU
- Mengemaskini status pelaksanaan projek yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian dan Jawatankuasa Teknikal ICT(JTICT) MAMPU melalui sistem PAMS
- Menyediakan ulasan bagi projek ICT untuk pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PemanduICT(JPICT)
- Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT(JTICT KBS)
- Menyediakan laporan kemajuan prestasi projek-projek ICT pada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian
|
|
|
|
2.
|
Menyelaras dan menguruskan pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan portal/laman web dan sistem aplikasi di KBS;
Aktiviti:
- Kajian dan analisa keperluan projek
- Rekabentuk sistem aplikasi dan portal/laman web
- Pembangunan sistem aplikasi dan portal/laman web
- Pengujian sistem aplikasi dan portal/laman web
- Pengendalian latihan pengguna
- Pelaksanaan sistem aplikasi dan portal/laman web
- Penyelenggaraan sistem aplikasi dan portal/laman web
- Pengauditan dan kajian semula sistem aplikasi dan portal/laman web
- Penyediaan dokumentasi pada setiap peringkat pembangunan sistem (SDLC)
- Pengemaskinian kandungan maklumat portal
- Penganalisaan laporan statistik
|
|
|
|
3.
|
Mengurus pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan bahan multimedia;
Aktiviti:
- Kajian dan analisa keperluan projek
- Rekabentuk bahan multimedia
- Pembangunan bahan multimedia
- Pengujian bahan multimedia
- Penyerahan dan persembahan bahan multimedia
- Kemaskini bahan multimedia
|
|
|
|
4.
|
Mengurus perancangan perolehan dan penyediaan dokumen teknikal yang diperlukan bagi projek-projek ICT;
Aktiviti:
- Membuat kajian keperluan peralatan ICT selaras dengan keperluan pengguna
- Kelulusan peruntukan perolehan
- Penyediaan dokumen spesifikasi teknikal
- Penyediaan dokumen kontrak
- Pelaksanaan perolehan
|
|
|
|
5.
|
Mengurus aset ICT KBS;
Aktiviti:
- Pendaftaran peralatan ICT
- Pengagihan mengikut lokasi
- Penyelenggaraan peralatan ICT
- Pelupusan peralatan ICT
|
|
|
|
6.
|
Merancang dan mengurus infrastruktur dan rangkaian KBS*Net;
Aktiviti:
- Merancang keperluan
- Pembangunan dan pelaksanaan infrastruktur rangkaian
- Pemantauan penggunaan rangkaian
- Penyelenggaraan rangkaian
- Peningkatan dan perluasan rangkaian
- Pengurusan perancangan kapasiti dan prestasi rangkaian
- Kajian semula keperluan
|
|
|
|
7.
|
Merancang, mengurus dan memantau keselamatan ICT;
Aktiviti:
- Merancang keperluan
- Pembangunan dan pelaksanaan keselamatan ICT
- Pemantauan keselamatan ICT
- Menjalankan audit keselamatan ICT
- Pengendalian insiden keselamatan ICT (CERT KBS)
- Kajian semula keperluan
|
|
|
|
8.
|
Merancang dan mengurus Pusat Data KBS;
Aktiviti:
- Pengoperasian server
- Penyelenggaraan server
- Pengurusan salinan pendua (backup) dan pemulihan data (recovery)
- Pengurusan perancangan kapasiti dan prestasi server
- Pengendalian dan pengoperasian Pusat Data
|
|
|
|
9.
|
Mentadbir Pangkalan Data KBS;
Aktiviti:
- Penstrukturan semula pangkalan data
- Penalaan(tuning) pangkalan data
- Penyelarasan pangkalan data mengikut Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
- Pengurusan ruang storan pangkalan data
|
|
|
|
10.
|
Mengurus dan menyediakan perkhidmatan, khidmat nasihat dan sokongan ICT.
Aktiviti:
- Perkhidmatan e-mel rasmi Kementerian
- Perkhidmatan capaian Internet
- Perkhidmatan Meja Bantuan (Helpdesk)
- Penyiaran maklumat melalui portal/laman web
- Penyiaran maklumat melalui KIOSK
- Penyediaan dan pemasangan kelengkapan peralatan ICT
- Pembekalan dan pinjaman perkakasan ICT
- Perkhidmatan khidmat nasihat teknikal
|
|
|
|
11.
|
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar dan garis panduan penggunaan dan keselamatan ICT KBS serta memastikan pematuhannya; dan
Aktiviti:
- Penyediaan dasar
- Penyediaan garis panduan
- Penyediaan Standard Operating Procedure (SOP)
- Penyediaan surat pekeliling
- Pelaksanaan dan penguatkuasaan dasar
|
|
|
|
12.
|
Terlibat dalam penilaian teknikal dan memberi ulasan dalam perolehan projek ICT.
Aktiviti:
- Jawatankuasa Penilaian Teknikal Perolehan Tender/Sebut harga ICT
- Penyediaan kertas ulasan teknikal
|
|
|
|
* Sumber dari : Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia |
|
* Tarikh Kemaskini : 09 September 2009 |