|
Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji :
CAWANGAN PEMBANGUNAN
Mengamalkan budaya kerja yang cekap dan berkesan dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyerahan projek-projek pembangunan Kementerian Belia Dan Sukan.
CAWANGAN PENGURUSAN
- Unit Kewangan Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan kemajuan/pembekalan perkhidmatan/peralatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terimaan tuntutan di cawangan ini. Menyalurkan waran peruntukan kepada semua jabatan/bahagian/agensi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dengan memastikan peraturan kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi.
- Unit Pentadbiran Pengurusan pentadbiran bahagian iaitu mengurus dan menyelia urusan perkhidmatan dan pejawatan pegawai dan kakitangan Bahagian dengan Bahagian Pengurusan Sumber di Kementerian. Menguruskan inventori, verifikasi stok, pelupusan dan hapus kira aset di bahagian, Pengurusan fail bahagian dan juga Kenderaan Jabatan yang dibawah seliaan Bahagian
CAWANGAN TEKNIKAL
Memberi nasihat dan menjalankan audit teknikal ke atas semua projek-projek pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), pelantikan perunding dan Pentadbiran Kontrak
|