Jabatan Belia dan Sukan Negara

Jumaat, 15 Oktober 2010 10:52 administrator
Cetak PDF
Maklumat Am | Carta Organisasi
MAKLUMAT AM

Pengenalan

Kementerian Belia Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian berkenaan.

Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Visi

Belia Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang 2020.

Misi

  • Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.

  • Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti

  • Membentuk generasi muda berwawasan

  • Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarat aktif, cergas dan bersatu.

Objektif

  • Melahirkan Belia Yang Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan, Kemahiran, Keusahawanan Dan Kesukarelaan

  • Memperkasa organisasi belia dan sukan

  • Mempertingkatkan kesedaran & penyertaan dalam sukan massa

  • Melahirkan belia remaja yang kreatif, prihatin, mahir dan dinamik.

  • Meningkatkan golongan belia yang bersepadu, berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai murni.

Strategi

Strategi JBSN bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut iaitu;

  • Mengukuhkan program-program pembangunan kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, kesukarelaan dan pengurusan kepada kumpulan sasar.
  • Menyediakan kemudahan dan sokongan kepada pertubauhan belia dan sukan
  • Mengukuhkan program-program kesukarelaan dan patrotisme di kalangan kumpulan sasar
  • Memaksumumkan program-program kesukarelaan dan patritisme di kalangan kumpulan sasar.
  • Memaklsimumkan penggunaan infrastruktur dan kemudahan sukan
  • Menyediakan promosi dan pemasaran yang berkesan untuk menarik minat kumpulan sasar
  • Memantau dan menilai keberkesanan program

Piagam Pelanggan

Bagi mencapai matlamat ini, kami berjanji :-

  • Memastikan semua urusan kewangan dilaksanakan dalam tempoh masa yang minimum dengan mematuhi prosedur dan peraturan.
    • Pengeluaran pesanan kerajaan - 3 hari
    • Pengeluaran waran peruntukan kerajaan - 3 hari
    • Proses bayaran baucer - 5 hari
    • Proses permohonan pindah peruntukan - 14 hari
    • Penyediaan waran udara - 2 hari
    • Proses bayaran baucer bantuan - 14 hari
  • Menyediakan status pelaksanaan program bahagian-bahagian pada setiap 28 hb setiap bulan.
  • Menyediakan program-program latihan untuk meningkatkan kerjaya pegawai-pegawai dengan kerjasama pihak INTAN, perunding, IPTA dan lain-lain dari masa ke semasa sama ada di dalam atau di luar negeri.
  • Memberi khidmat nasihat kepada bahagian-bahagian dalam melaksanakan program-program jabatan.

 

* Sumber dari : Jabatan Belia dan Sukan Negara
LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2012
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm