|
Latarbelakang Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia ditubuhkan pada tahun 1995. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan.
Visi Menjadikan aktiviti Audit Dalam sebagai penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kementerian.
Misi Menjalankan pengauditan yang berkesan serta mengeluarkan laporan yang bebas dan objektif demi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan dan mewujudkan satu mekanisma ke arah tadbir urus yang baik bagi Kementerian. Objektif Objektif Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan mempertingkatkan pengurusan kewangan serta pematuhan kepada peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan agar organisasi mencapai matlamatnya.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Peranan Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat nasihat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi. Bidang tugas Unit Audit Dalam dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Bidang Kuasa/Authority Bidang kuasa Unit Audit Dalam meliputi semua Bahagian/Cawangan di Kementerian, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan-jabatan Belia dan Sukan Negeri, Institut-institut Kemahiran Belia Negara, Akademi-akademi Pembangunan Belia Malaysia dan badan berkanun di bawah kawal seliaan Kementerian. Pencapaian Unit Audit Dalam Unit Audit Dalam telah melaksanakan semua aktiviti/pengauditan yang dirancang bagi tahun 2008 termasuk satu pengauditan khas atas arahan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (Jadual 1) Jadual 1: Pencapaian Bagi Tahun 2009
|
Bil
|
Aktiviti
|
|
1.
|
Rancangan Audit Tahun 2009
|
|
2.
|
Laporan Tahunan Audit Dalam 2008
|
|
Bil
|
Pengauditan
|
PTJ
|
|
1.
|
Pengauditan Pengurusan Kewangan
|
5
|
|
2.
|
Pengauditan Susulan Terhadap Pengurusan Kewangan
|
2
|
|
3.
|
Pengauditan Khas
|
4
|
Jadual 2: Pencapaian Bagi Tahun 2008
|
Bil
|
Aktiviti
|
|
1.
|
Rancangan Audit Tahun 2008
|
|
2.
|
Laporan Tahunan Audit Dalam 2007
|
|
Bil
|
Pengauditan
|
PTJ
|
|
1.
|
Pengauditan Pengurusan Kewangan
|
10
|
|
2.
|
Pengauditan Susulan Terhadap Pengurusan Kewangan
|
5
|
|
3.
|
Pengauditan Susulan Terhadap Pemberian Bantuan Kepada Persatuan/Pertubuhan
|
2
|
|
4.
|
Pengauditan Khas
|
2
|
|