
ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1FELDA 1MALAYSIA TEMUI BELIA
DI FELDA KERTEH
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
16 JUN 2012, KERTEH : Lokasi Astro Fiesta Mesra Belia 1Felda 1Malaysia kali ini adalah Felda Kerteh 5, Kemaman selepas Felda Chini, Pekan, Pahang pada 2 minggu yang lalu.
Menariknya kali ini, YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Daerah Kemaman, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut serta dalam program tersebut semalam, bagi menyampaikan sumbangan kepada Warga OKU Felda Kerteh, Kemaman.
Beliau juga tidak melepaskan peluang menyertai perlawanan Persahabatan Futsal antara pasukan pilihan YB Menteri Belia dan Sukan dengan Pasukan Majlis Belia Felda Kerteh hari ini. Keputusan perlawanan adalah seri 4 sama dimana pasukan masing-masing sama hebat dan sukar untuk ditewaskan.
Menjelang petang, YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek juga menyertai lima ratus belia yang berkayuh dalam Program Kayuhan Basikal YB Menteri Belia dan Sukan Bersama Belia Kerteh yang bermula dari Felda Kerteh 5/6 dan tamat di Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Che Suza b. Che Hitam dan Ketuan Pemuda Daerah Kemaman, Encik Hisham Zubir.
Disunting oleh : Sabran Abd Bahar, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0