PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA LEGEND

Sabtu, 26 Mei 2012 07:59 administrator
Cetak PDF

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA LEGEND

Oleh : Nurdalila Binti Mohamad Khali( Peserta KKBS Siri 1/2012)

 

PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 – Taman Pancarona, Presint 18, disini menjadi gelanggang untuk pertandingan bola jaring terbuka Legend yang dianjurkan  bersama buat pertama kalinya antara Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) dengan Kelab Bola Jaring Legend.

 

Pertandingan ini terbuka kepada semua belia dan terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori cabaran sekolah, kategori terbuka wanita dan kategori terbuka lelaki.

 

Bagi kategori cabaran sekolah, penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan sebanyak enam pasukan telah mengesahkan penyertaan. Manakala  bagi kategori terbuka wanita pula, sebanyak 20 pasukan terlibat dan bagi terbuka lelaki pula menyaksikan sebanyak sepuluh pasukan akan beradu nasib. Pertandingan bermula pada hari ini sehingga 27 Mei nanti dan format perlawanan adalah secara liga.

 

Menurut Timbalan Presidennya, Mohd Faidzal Othman, Kelab Bola Jaring Legend merupakan peneraju kepada pasukan bola jaring lelaki di Malaysia dan telah bergiat aktif sejak 2005 .Selain  mempunyai pasukan bola jaring lelaki dan wanita sendiri, kelab ini juga mempunyai jurulatih dan pengadil bola jaring yang telah mendapat sijil pengiktirafan daripada Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan. Beliau mengalu-alukan orang ramai untuk melayari laman sesawang mereka di www.legendnetball.com dan melawati mereka di laman social Facebook dengan menaip legendnetballclub bagi mengetahui maklumat lanjut.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm