TKSU (P) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TKP JAKIM

Friday, 27 January 2012 17:48 UKK
Print PDF

 

 

TKSU (P) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TKP JAKIM

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

PUTRAJAYA, 26 Januari 2011-  Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Antarabangsa) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh hari ini menerima kunjungan hormat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),  Haji Razali Shahbudin di pejabatnya di sini.

 

            Kunjungan hormat yang turut disertai enam pegawai kanan JAKIM diantara lain bertujuan  untuk mengeratkan jalinan kerjasama dua hala strategik yang lebih mantap dan kukuh dalam pelaksanaan program yang melibatkan golongan remaja dan belia di seluruh negara.

 

            Selain itu, JAKIM turut ingin memperkemaskan penglibatannya di dalam beberapa Jawatankuasa yang ditubuhkan KBS  dalam pembangunan belia di peringkat Nasional.

 

            Turut hadir bagi pihak KBS,  Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Hajah Hatipah Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Gaya Hidup) Rakan Muda, Sabran Abd. Bahar dan  Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN, Norazli Indzam.

 

            Dalam pertemuan kira-kira 90 minit itu, deligasi dari JAKIM itu diberikan taklimat mengenai program-program KBS yang berlangsung tahun 2012 termasuk Karnival Belia Kreatif (KBK) 2012 yang bakal berlangsung 23 hingga 25  Mac nanti.

 

            Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk terus saling bekerjasama dalam program-program yang dianjurkan bagi melahirkan kumpulan genarasi yang seimbang rohani dan jasmani.

 

Di sunting : Idris Bin Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

 

Last Updated on Friday, 27 January 2012 18:08

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm