MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BPSM

Sunday, 29 January 2012 11:37 Bhg. Pengurusan Sumber Manusia
Print PDF

 

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BPSM

Disediakan Oleh: Mimi Maisarah Binti Zainal Adlan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

 

KBS, 27 JANUARI 2012:    Seramai tiga orang pegawai dan kakitangan BPSM yang akan bertugas di Kementerian lain. Mereka ialah Encik Norzam Adhar bin Mohd Nor (Ketua Penolong Setiausaha (SM) 2) yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Master di Universiti Limkokwing, Cyberjaya, Ustaz Muhyiddin bin Aziz (Penolong Setiausaha Kanan (SM) 11) yang akan bertugas di Institut Latihan Islam Malaysia dan Puan Norulhuda binti Abd. Hamid (Pembantu Tadbir (SM) 10) yang telah melaporkan diri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Putrajaya semalam.

 

Sehubungan itu, BPSM telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena meraikan pertukaran tugas ketiga-tiga orang pegawai dan kakitangan tersebut ke Kementerian lain. Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 5, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

 

“Majlis Perpisahan ini bertujuan untuk meraikan mereka yang telah dan akan bertugas di Kementerian lain serta yang sedang melanjutkan perlajaran. Saya dan seluruh warga BPSM ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di BPSM ini” ucap Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Wan Ramli bin Wan Daud.

 

Majlis Perpisahan ini juga bersekali dengan majlis meraikan hari lahir pegawai-pegawai dan kakitangan BPSM yang lahir pada bulan Januari dan Februari serta meraikan kakitangan yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

 

Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka dalam menjalani tugas di tempat baru dan terus berbakti untuk negara tercinta. Diharapkan ukhuwah kekeluargaan di antara kakitangan BPSM yang akan berpindah dan yang masih berkhidmat di sini tidak akan terputus.

 

Di sunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Sunday, 29 January 2012 11:44

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm