LTDL 2012 TERIMA TAJAAN GENTING MALAYSIA BERHAD

Sunday, 29 January 2012 11:47 UKK
Print PDF

 

LTDL 2012 TERIMA TAJAAN GENTING MALAYSIA BERHAD

Disediakan oleh :Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

PUTRAJAYA, 19 JANUARI 2012 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kini dalam langkah gemilang kearah penganjuran jelajah berbasikal Asia, Le Tour De Langkawi 2012 (LTDL) yang diiktiraf dan dipersetujui oleh UCI dan UCI Asia Tour. LTDL 2012 dijangka menampilkan 22 pasukan profesional.

 

Bagi edisi ke-17 LTDL 2012 yang akan bermula pada 24 Februari 2012 hingga 4 Mac 2012 ini, Genting Malaysia Berhad sekali lagi meneruskan penajaannya dengan sumbangan bernilai RM 800,000 dalam bentuk tunai dan barangan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan jelajah terulung Asia ini.

 

Genting Malaysia Berhad sudah menjadi rakan korporat kepada jelajah ini sejak edisi pengenalannya pada tahun 1996. Bagi tahun ini, ia meneruskan tajaan bagi jersi merah Raja Bukit yang menjadi buruan pakar-pakar mendaki.

 

Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Berhad, Tun Mohammed Hanif Omar telah menyampaikan tajaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, semalam bertempat di Pusat Maritim, Presint 5 Putrajaya.

 

Menteri Belia dan Sukan berterima kasih kepada Genting Malaysia Berhad kerana sokongan sejak awal pengenalan LTDL dan menegaskan Genting Highlands kini dikenali sebagai antara peringkat pendakian paling sukar kerana darjah kecuramannya.

 

Perlumbaan LTDL 2012 yang mengambil masa sepuluh hari itu akan bermula pada 24 Februari 2012 hingga 4 Mac 2012 dengan acara individu ujian masa (ITT) sejauh 20.3 km mengelilingi Putrajaya; diikuti peringkat kedua dari Putrajaya – Melaka (151.0 km); Peringkat ketiga dari Ayer Keroh – Parit Sulong (187.6 km); Peringkat keempat dari Batu Pahat – Muar (169.4 km); Peringkat kelima dari Ayer Keroh – Pandan Indah (190 km); Peringkat keenam dari Proton Shah Alam – Genting Highlands (108.0 km); Peringkat ketujuh dari Bentong – Kuantan (205.8 km); Peringkat kesembilan dari Kemasik – Kuala Terengganu (165.7 km); dan peringkat terakhir dari Tasik Kenyir – Kuala Terengganu (114.8 km).

 

Last Updated on Sunday, 29 January 2012 11:52

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm