
PERLAWANAN PERSAHABATAN ERAT HUBUNGAN MALAYSIA-BRUNEI
Disediakan oleh : Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
BUKIT KIARA, 26 Januari 2012: Dua perlawanan persahabatann melibatkan sukan golf dan badminton mengisi slot aktiviti utama antara dua buah negara Malaysia dan Brunei sempena lawatan kerja deligasi Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) Brunei ke Malaysia bermula 25 hingga 29 Januari 2012.
Perlawanan Golf Persahabatan disertai oleh Menteri Belia dan Sukan. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato’ Seri Setia Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah bersama beberapa Pegawai-Pegawai Kanan kedua-dua negara di Kuala Lumpur Golf & Country Club, di sini hari ini.
Perlawanan yang berlangsung dalam suasana santai tersebut turut disertai oleh Ketua Setiausaha Tetap (ST KKBS) Brunei, Dato’ Paduka Haji Mohd Hamid Haji Mohd Jaafar, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Zolkples Embong dan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Dato’ Mohd Yassin Mohd Salleh.
Menurut Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, “kunjungan deligasi dari Brunei dalam lawatan kerja kali ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara.”
Tambah beliau lagi, “dengan kunjungan ini juga akan memberi lebih banyak peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalinkan terutama yang melibatkan program-program kebeliaan dan sukan.”

Pada masa yang sama, turut diadakan Perlawanan Badminton Persahabatan Malaysia-Brunei kategori beregu yang disertai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim yang berpasangan dengan isteri beliau, Datin Melissa Shireen Munshir.
Pasangan tersebut bertemu dengan pasangan beregu dari Brunei yang merupakan Ketua Bahagian Kejurulatihan Sukan Brunei, Awang Kifli Haji Jaafar, dan isteri ST KKBS, Datin Hajah Hamidah Haji Adnan. Malaysia menang dengan mata 21-6, 21-19 dan turut disaksikan oleh isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datin Hajah Rosnah Binti PDIS Dato’ Haji Johari
Lawatan kerja deligasi KKBS adalah sebagai lawatan balas rentetan daripada kunjungan deligasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ke Brunei pada 30 Jun hingga 2 Julai 2011 yang lepas.
Selain itu, lawatan ini juga adalah bagi membincang dan memperhalusi kerjasama dua negara berkaitan program-program belia dan sukan susulan daripada memerandom persefahaman yang dimeterai semasa lawatan KBS ke Brunei tahun pada tahun lepas.
Selain aktiviti sukan, deligasi dari Brunei akan turut dibawa melawat Pusat Simulasi Menembak, Belia Anti Jenayah, melakukan kunjungan hormat ke KBS, lawatan ke MSN, Institut Sukan Negara (ISN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, ASTRO Arena dan tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya.
Menjadi harapan kedua-dua negara, Malaysia dan Brunei terutama berkaitan belia dan sukan dapat terus terjalin kemas melalui kerjasama yang telah dipersetujui kedua-dua pihak bagi membangunkan belia dan sukan ke arah yang lebih gemilang.
Disunting oleh : Lizza Imelia M Sulanah (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0