NIRMALA 1001 MALAM PUSPANITA

Tuesday, 31 January 2012 08:39 UKK
Print PDF

 

 

NIRMALA 1001 MALAM PUSPANITA

Disediakan oleh :Azlin Emiza Bt Jamri (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

PUTRAJAYA, 27 JANUARI 2012 – Persatuan Puspanita Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Majlis Makan Malam Gala Puspanita Nirmala 1001 Malam bertempat di Menara KBS yang melibatkan penyertaan ahli persatuan, pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 

Program ini bertujuan untuk menyediakan satu platform medan perkongsian pintar dan menambahkan jaringan perhubungan dalam mengeratkan ukhwah di kalangan ahli dan kakitangan wanita KBS.

 

Seramai 160 tetamu yang hadir bagi menjayakan majlis makan malam itu. Dengan bertemakan Arabian Night, tetamu yang hadir berpakaian seperti wanita Arab dengan pelbagai fesyen dan hiasan dipakai.

 

Pengerusi Puspanita Cawangan KBS, Datin Abidah binti Sani, dalam ucapannya, beliau berharap majlis ini membolehkan ahli dan kakitangan wanita KBS berinteraksi di antara satu sama lain dan merapatkan hubungan sesama mereka.

 

Bagi menghiburkan tetamu, beberapa persembahan disediakan. Antaranya ialah tarian Arab dari Istana Budaya, nyanyian Ala Arab dan peragaan pakaian Muslimah. Bagi memeriahkan lagi keadaan, tetamu turut dipanggil menari beramai-ramai.

 

Peragaan pakaian Muslimah disediakan oleh dua butik iaitu Butik Mama dan Butik Yasalma. Dengan model memperagakan pelbagai pakaian Muslimah, ia berjaya mencuit hati tetamu. Selain itu, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah turut disediakan.

 

Pada majlis tersebut Nurul Ashikin Idayu binti Che Zabani dinobatkan sebagai Queen of Night. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Puspanita 1, Datin Rahimah binti Awaludin dan Timbalan Pengerusi Puspanita 2, Dr. Asmah binti Samad.

 

Disunting : Idris Bin Hussin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Tuesday, 31 January 2012 09:03

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm