MAJLIS PENYERAHAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK DAN PUSAT KECEMERLANGAN AKUATIK

Tuesday, 31 January 2012 11:24 UKK
Print PDF

 

MAJLIS PENYERAHAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK DAN

PUSAT KECEMERLANGAN AKUATIK

Disediakan oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


KUCHING, 31 Januari 2012
: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menerima Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru dan Pusat Kecemerlangan Akuatik daripada EPC Synergy Sdn. Bhd. iaitu kontraktor yang dilantik dalam projek pembinaan kedua-dua kemudahan tersebut.

 

Majlis penyerahannya telah disempurnakan pada 30 Januari 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Akuatik dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching.

 

Kementerian Belia dan Sukan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Datuk Jamil Salleh menandatangani dokumen penyerahan antara Pengarah EPC Synergy Sdn. Bhd. Abg. Husaini b. Abg Hussin bagi menerima penyerahan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru dan Pusat Kecemerlangan Akuatik disaksikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed.

Dato’ Mohid dalam ucapannya berkata, kemudahan baru yang disediakan ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya oleh anak-anak muda Sarawak kerana kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan mesra belia.

 

Menurut beliau lagi, kompleks ini juga adalah yang terbaik di antara Kompleks Belia dan Sukan yang ada di seluruh negara ditambah lagi dengan adanya pusat akuatik yang bertaraf olimpik yang diharap dapat melahirkan atlit renang dan terjun yang baru untuk negara kelak.

 

 

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyediakan kemudahan dewan serbaguna, hostel penginapan, parkir kenderaan, Pusat Kecemerlangan Akuatik, gimnasium, gelanggang futsal, gelanggang badminton, dewan auditorium, kafeteria, surau, dan bangunan pentadbiran bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Kompleks Belia dan Sukan, serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching .

 

 

Disunting oleh: Lizza Imelia M. Sulanah (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Last Updated on Tuesday, 31 January 2012 11:50

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm